Seperti yang dijanjikan semalam, pendakwah dan aktivis terkenal, Ustaz Ebit Lew(UEL) sebentar tadi tampil menerusi sidang media dan secara langsung di IG Live menjawab segala fitnah dan dakwaaan yang telah dilemparkan kepadanya oleh beberapa pihak sejak berminggu yang lalu.
Menerusi sidang media tersebut, UEL menjelaskan dia tetap hormat pada individu-individu seperti Caprice dan Nadir Al-Nuri meskipun ada kenyataan yang dikeluarkan mereka telah mengguris perasaannya.
UEL kemudiannya menjawab satu persatu dakwaan yang dilemparkan kepada beliau sebelum ini antaranya isu tabung Gaza, isu bawak lari kertas kerja membabitkan selebriti Neelofa & Pu Riz, dan banyak lagi.
Menjawab mengenai isu tabung Gaza, UEL menjelaskan pihaknya tidak pernah membuka sebarang tabung awam untuk kesana sebaliknya semua perbelanjaan ke sana menggunakan duitnya sendiri.
Ia sekaligus menjawab tuduhan dan pertanyaan orang ramai yang mengatakan dia membazirkan kos tertentu hasil sumbangan terhadap misi berkenaan.
“Saya pakai duit saya sendiri dan duit kawan-kawan rapat saya. Adalah beberapa orang. Saya tak pernah buka satu pun tabung untuk GAZA. ” kata beliau.
Beliau dalam masa sama meminta soalan tersebut ditanyakan semula kepada individu seperti Nadir Al Nuri memandangkan individu tersebut membuka tabung dan mengutip sumbangan untuk pembangunan Gaza.
Ebit dalam masa sama turut menjawab dakwaan panas iaitu membabitkan organisasi HALA yang dikatakan telah membawa timnya masuk ke Gaza.
Jelas pendakwah itu, segala urusan beliau memasuki Gaza adalah menerusi kedutaan Malaysia dan Wisma Putra malah beliau sama sekali tidak mengetahui syarikat HALA seperti yang didakwa.
Beliau bagaimanapun pernah menghubungi satu NGO disana, Miles of Smiles namun terpaksa melupakan hasrat menggunakan mereka kerana kos untuk masuk kesana melalui mereka mencecah $US 10 Ribu atau lebih kurang RM50 Ribu satu kepala.
Namun beliau berjaya mendapatkan sebuah lagi syarikat yang hanya meletakkan kos $2,500 (RM 10,000) satu kepala. Dan akhirnya selepas sebulan permohohonan beliau diluluskan kerajaan dan tentera negara Mesir.
Beliau dalam masa sama turut menafikan dakwaan membawa lari dokumen untuk ke Gaza yang membabitkan Neelofa dan PU Riz.
Malah sebaliknya beliau langsung tidak pernah berurusan dengan Neelofa, PU Riz hatta Caprice dalam misi kemanusiaan ke Gaza.
“Wallahi saya tak pernah berjumpa tiga-tiga nama mereka (Neelofa, PU Riz) termasuk Caprice berbincang untuk ke Gaza. Saya tak pernah mesej Caprice sepanjang untuk pergi ke Gaza.
“Saya jumpa mereka sebelum mereka kahwin. Jumpa kat program Meletop tu je lah”
“Saya tiada bawa lari dokumen, tiada apa-apa dokumen. saya cuma mohon dengan imigresen guna borang untuk keluar negara” kata beliau lagi.
Menjawab dakwaan Nadir bahawa beliau ada menenangkan pihak Red Crescent yang mengadu tim UEL susah diuruskan kerana banyak membuat permintaan, UEL berpendapat ia adalah tidak benar memandangkan wakil Red Crescent mengakui pernah melihat pengasas CGM itu namun tidak mengenalinya.
Berhubung isu melutut dan cium kaki Menteri, Ebit Lew menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah. Beliau dalam masa sama turut mempersoalkan apalah logiknya untuk beliau mencium kaki seorang menteri untuk keluar dari sana.
“Itu adalah fitnah yang sangat melampau sebab ianya melibatkan akidah saya. Wallahi takkan lah saya nak cium kaki orang,” ujarnya.
UEL kemudian menjelaskan tindakannya menyekat Caprice. Jelas beliau, tindakan tersebut diambil kerana ia hanyalah isu negatif selain mempunyai kaitan dengan ayahnya.
Mengulas lebih lanjut UEL mendedahkan ianya berkait dengan mesej yang diterima dari Caprice dalam 2 perkara iaitu isu teguran ‘patung’ dan foto sewaktu beliau melawat arwah ayahnya yang sedang tenat.
“Ini sebagai kawan dan sahabat tiba-tiba dia boleh marah saya macamtu, luka hati saya. Terus terang saya hanya manusia biasa, saya ambil phone tu saya lontarkan ke tepi. Saya sedih” kata beliau lagi.
Tambahnya perkara tersebut kemudian membuatkan beliau terpaksa disiasat oleh kerajaan.
“Saya dah penat, saya guna duit saya sendiri tak minta duit orang, saya cuma minta tolong dan alhamdulillah dibantu, tapi tiba tiba saya disoal siasat”.
Ikuti perkongsian dan penjelasan penuh beliau disini:
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…