Starbucks Perkenal 3 Minuman Baharu, Boleh Didapati Di Semua Cawangan Mulai 27 Julai

Tidak dinafikan cuaca panas terik sepanjang hari sejak beberapa hari lalu ekoran dari Monsun Barat Daya membuatkan ramai dari kita cepat rasa dahaga.

Malah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan ini akan berterusan hingga ke pertengahan September.

Dengan cuaca sebegini tiada yang melegakan selain dari meneguk air sejuk atau air berais bukan?

Kami anda berita menarik untuk anda! Starbucks Malaysia akan melancarkan beberapa minuman baharu mereka untuk penutup musim panas iaitu Starbucks Neapolitan Frappucino, Starbucks S’mores Frappuccino, dan Starbucks Chocolate Truffle Nitro Cold Brew bermula esok, 27 Julai 2021

Foto : Starbucks Malaysia

Yang menariknya, minuman-minuman yang pastinya ‘menyejukkan’ cuaca panas ini diinspirasikan dari pencuci mulut klasik dan perasa yang disukai anak kecil seperti vanila, strawberi dan juga coklat.

Difahamkan harga bagi Neapolitan Frappucino dan S’mores Frappucino bermula dari RM20.65 manakala harga Chocolate Truffle Nitro Cold Brew dan Cold Brew pula bermula dari RM 15.90.

Kesemua minuman ini boleh didapati di semua cawangan mereka di seluruh negara bermula 27 Julai, hanya dalam tempoh masa dan stok yang terhad.

Namun bagi Chocolate Truffle Nitro Cold Brew pula, ianya hanya akan ditawarkan di cawangan mereka yang terpilih.

Terdahulu minuman ini mula ditawarkan oleh Starbucks Singapura pada 22 Julai yang lalu.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

12 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

18 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

18 hours ago