Pemain Harimau Malaya, Brendan Gan Sahkan Hidapi Kanser Testis

Peminat sukan bola sepak tempatan khususnya pasukan negara, Harimau Malaya pasti cukup kenal dengan nama Brendan Gan.

Tongak tengah skuad Harimau Malaya yang juga kapten pasukan Selangor FC itu mula dikenali dalam kancah bola sepak tempatan selleas menyertai Sabah FA dari kelab Australia
Bonnyrigg White Eagles pada penghujung 2011.

Terbaru petang tadi, nama pemain kacukan Australia-Malaysia hangat diperkatakan selepas beliau mengesahkan menghidap kanser testis dan sedang menjalani fasa pemulihan.

Menerusi satu hantaran di instagramnya, Brendan berkongsi perkara tersebut kepada pengikutnya dan penyokong bola sepak tempatan.

“Hidup saya sentiasa positif walaupun ada kalanya sedikit kecewa dengan kritikan negatif tetapi saya sering menjadikan perkara tersebut sebagai motivasi untuk menguatkan karakter diri sendiri.

“Kini, saya berdepan ujian lagi apabila disahkan mengalami kanser testis dan saya sudahpun melakukan pembedahan.

“Sekarang adalah fasa untuk saya menjalani proses pemulihan,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Brendan dalam masa sama tetap bersyukur kerana dikeliling mereka yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Jelasnya lagi, peyakit ini tidak akan mematahkan semangat juangnya sebaliknya membuatkan Brendan lebih bermotivasi untuk memimpin kelabnya di masa hadapan.

“Apa yang pasti, saya sangat bertuah apabila didampingi individu yang sentiasa memberi sokongan terutama keluarga, rakan-rakan terdekat dan komuniti bola sepak tempatan.

“Kanser tidak akan mematahkan semangat saya sebaliknya akan lebih bermotivasi dalam usaha kembali ke padang bola sepak memimpin pasukan Selangor secepat mungkin,” katanya lagi.

Selangor FC menerusi satu kenyataan turut mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan kapten mereka itu sudah selesai menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar perubatan.

Mereka dalam masaaa sama turut meminta semua pihak agar mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada pemain kelahiran Australia itu sepanjang tempoh pemulihannya.

Situasi ini pastinya memberikan tamparan hebat kepada pasukan Selangor FC dimana mereka akan kehilangan Brendan untuk satu tempoh yang panjang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Akaun instagram rasmi penyokong Selangor turut dilihat memuat naik posting mendoakan agar tonggak mereka itu kembali pulih.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

9 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

10 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

11 hours ago