Tajuddin Sekali Lagi Dikompaun, Kali Ini Tak Pakai Pelitup Muka Di Parlimen

Sekitar awal Jun lalu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, telah dikompaun RM1,500 apabila didapati gagal memakai pelitup muka dalam satu sidang media.

Beliau yang merupakan bekas Pengerusi Prasarana ketika kejadian sedang mengadakan sidang media berkaitan insiden kemalangan melibatkan dua buah tren ibu negara Mei lalu.

Namun malam tadi namanya sekali lagi hangat diperkatakan selepas seorang pengguna Twitter memuat naik fotonya yang dilihat tidak mengenakan pelitup muka ketika berada di parlimen.

Kekal tak pakai mask

Dikompaun kali kedua

Ekoran dari itu Tajuddin hari ini, sekali lagi dikompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) diatas kesalahan sama, iaitu tidak mengenakan pelitup muka

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata kompaun dikeluarkan selepas jam 10 pagi tadi, selepas polis mengesan satu gambar dimuat naik seorang pengguna Twitter menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka dipercayai semalam.

“Siasatan mendapati beliau (Tajuddin) menghadiri Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen, semalam.

“Pada hari yang sama jam lebih kurang 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama seorang individu lain di ruang legar Parlimen.

“Atas perlanggaran SOP tersebut maka satu notis telah dikeluarkan terhadap beliau pada hari ini jam 1 tenghari” katanya dalam satu kenyataan.

“Sehubungan itu satu notis kompaun dikeluarkan polis ke atas Tajuddin pada jam 1 tengah hari tadi, namun nilai kompaun akan diputuskan oleh pihak Pusat Kesihatan Daerah (PKD).

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago