fbpx
Now Reading
NASA Buka Permohonan, Cari Individu Yang Sanggup Tinggal Setahun Di ‘Marikh ‘

NASA Buka Permohonan, Cari Individu Yang Sanggup Tinggal Setahun Di ‘Marikh ‘

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika (NASA) baru-baru ini telah membuka peluang kepada mana-mana individu yang mahu bekerja dengan mereka dengan hidup selama setahun di sebuah fasiliti mereka yang terletak di Johnson Space Center Houston, Texas.

Namun fasiliiti berkenaan bukanlah bangunan biasa sebaliknya ia adalah fasiliti simulasi keadaan di Marikh yang diberi nama Mars Dune Alpha.

Mars Dune Alpha, fasiliti berkeluasan seluas 1,700 kaki persegi ini dibina menggunakan teknologi percetakan 3D, merupakan sebahagian dari program Crew Health and Performance Exploration Analog (CHAPEA) sebagai persiapan mereka dalam menghantar angkasawan ke Marikh di masa akan datang.

Menerusi laman NASA, permohonan sudahpun dibuka kepada orang ramai pada 6 Ogos lalu dimana mereka akan memilih 12 pemohon yang terbaik untuk menjalani satu kehidupan ‘luar biasa’ selama setahun iaitu mirip kehidupan di Marikh.

Sukarelawan berbayar tersebut bagaimanapun perlu menghadapi pelbagai ujian dan cabaran selama mereka di dalam fasiliti berkenaan seumpama mereka benar-benar berada di Marikh.

Antara rintangan yang akan dihadapi mereka sepanjang ‘misi eksplorasi Marikh’ tesebut juga adalah realistik seperti kekurangan makanan, masalah kelengkapan komunikasi terhad dan pelbagai lagi.

Menurut Ketua Saintis, Grace Douglas, tujuan ianya diadakan adalah bagi mengetahui dan merekod apakah situasi sebenar yang dihadapi individu yang menyertai inisiatif ini.

“Ianya sangat penting untuk mencarik penyelasaian bagi memenuhi keperluan hidup yang komplek di Marikh”

Difahamkan NASA akan menjalankan program ini selama tiga kali dengan eksperimen pertama dijangka berlangsung pada musim luruh 2022, diikuti satu lagi eksperimen pada tahun 2024 dan juga 2025.

Setiap eksperimen akan melibatkan 4 anak kapal menjadi keseluruhan peserta adalah 12 orang bagi sepanjang program tersebut.

Kelayakan untuk memohon juga agak ketat dimana pemohon perlulah berwarganegara Amerika Syarikat atau penduduk tetap, berumur antara 30-55 tahun, mempunyai tubuh badan serta fizikal yang sihat selain tidak merokok.

Bagi kelayakan akademik pula, mereka sekurang-kurangnya perlu memilik Ijazah Sarjana dalam bidang STEM seperti Sains, Matematik, Fizik , Sains Komputer dengan dua tahun pengalaman. Juruterbang dengan pengalaman menerbangkan pesawat selama 1000 jam juga boleh digunakan sebagai kelayakan.

Menurut bekas angkasawan Kanada, Chris Hedfield kriteria pemilihan yang ketat penting kerana adalah lebih baik mendapatkan invididu selayak angkasawan sebenar.

Jelasnya ini bagi mengelakakkan kegagalan program Rusia sebelum ini disebabkan pemilih peserta yang terdiri dari kalangan orang biasa.

“Ini bermakna NASA sedang mencari mereka yang hampir sama dengan angkasawan. Lebih baik mencari individu yang menyamai angkasawan sebenar untuk ke Marikh.

“Usaha Rusia dalam misi olok-olok ke Marikh yang disebut sebagai Mars 500, gagal kerana individu yang dipilih adalah mereka dalam kalangan orang biasa,” kata Hadfield.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.