[Terkini] Individu Lengkap Vaksinasi Dibenarkan Bersukan & Riadah Tanpa Sentuhan Termasuk Berkhemah & Berkelah

Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa lagi kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi.

Bagi mereka yang berada di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) , mereka kini menyertai negeri di Fasa 2 dan keatas apabila turut dibenarkan untuk melakukan dine-in di kedai makan dan restoran bermula esok, 20 Ogos 2021.

Namun pemilik premis kedai makan perlu memastikan pelanggan yang ingin makan di restoran perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang membuktikan dia telah menerima vaksinasi lengkap

Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan termasuk perkhemahan dibenarkan untuk fasa 1 & keatas

Selain itu  aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga dibenarkan di semua negeri termasuk negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya.

”Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik.

”Oleh itu, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

“Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

Bagi aktiviti rekreasi dan riadah, ia turut merangkumi aktiviti perkelahan dan perkhemahan di dimana penyertaaan kanak-kanak berusia bawah 17 tahun adalah dibenarkan namun dengan SOP ketat.

”Aktiviti yang dibenarkan juga termasuklah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

Hanya dalam daerah

Namun kesemua kemudahan yang diberikan ini hanya terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.

Sebagai rekod seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1.Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Contohnya Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua atau
2.Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Contohnya Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

4 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

6 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

6 hours ago