Saintis Tawar RM25,000 Untuk Sukarelawan Yang Sanggup Dijangkiti Varian Delta

Sekumpulan saintis di United Kingdom (UK) kini sedang mencari beberapa sukarelawan yang sanggup dijangkiti dengan wabak COVID-19 varian Delta

Menerusi laporan WSJ, kumpulan penyelidik dari Kolej Imperial London dan Universiti Oxford  sedang menjalankan satu kajian khas dengan membuatkan peserta kajian dijangkiti secara sengaja di dalam makmal bagi mengenalpasti proses mutasi virus berkenaan.

Kerjasama ini juga dilakukan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi membangunkan vaksin dan cara rawatan terbaharu Covid-19 dengan kerjasama, syarikat hVivo.

“Proses membiakkan varian Delta lebih sukar dari varian asal Covid-19 kerana mutasi yang mengubah struktur protein dan kultur virus.

“Namun pasukan penyelidik kami sudah berhasil membiakkan jumlah yang mencukupi untuk memulakan kajian di peringkat awal,” kata ahli virologi dan Ketua Saintis hVivo, Andrew Catchpole.

Menurut pakar jangkitan virus pernafasan, Dr. Garth Rapeport memberitahu, proses ini bagaimanapaun tidak sama dengan penghasilan vaksin kerana prosesnya yang lebih rumit.

Antaranya semasa proses dilakukan, kumpulan saintis tersebut perlu memastikan agar virus yang dibiakkan tidak bermutasi dan menghasilkan varian baharu dalam tempoh ditetapkan.

Difahamkan bagi kajian ini, mereka memerlukan seramai 40 sukarelawan muda yang sihat tubuh badan dimana setiap dari mereka akan menerima bayaran sehingga £4,500 (RM25,800)

Mereka bagaimanapun lebih mengutakaman individu berusia antara 18 hingga 30 tahun yang berisiko paling rendah dijangkiti Covid-19.

Selain itu syarat wajib sebelum terpilih adalah tidak merokok, tidak mempunyai sejarah dijangkiti atau mempunyai gejala Covid-19, mempunyai tahap kesihatan terbaik dan juga berat badan (BMI) yang ideal.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago