“Tak Perlu Layan Golongan ‘Kayangan’ Di Masjid” – Timbalan Menteri Agama

Sejak semalam tular satu video di media sosial yang mendakwa wujudnya layanan berbera kepada jemaah yang hadir di Masjid Putra, Putrajaya.

Menerusi video tular tersebut, terdapat sekumpulan jemaah yang dihalang masuk kemasjid dipercayai kerana sudah melebihi kuota yang dibenarkan, namun yang mengejutkan mereka kemudiannya membenarkan beberapa golongan yang didakwa VVIP masuk meskipun tiba lebih lewat dari jemaah yang sudah berada di hadapan pagar masjid.

Perkongsian tersebut yang menimbulkan rasa kurang senang orang ramai akhirnya tiba ke pengetahuan pengurusan masjid yang kemudiannya tampil menjelaskan apa yang terjadi.

Pengurusan Masjid Putrajaya menerusi satu kenyataan memaklumkan kehadiran jemaah baik untuk solat fardhu lima waktu mahupun Solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Foto : Twitter HafizAdDin

Dari kapasiti 300 jemaah yang dibenarkan, pengurusan turut memperuntukkan sejumlah kouta untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan mereka ke masjid.

Layanan kayangan tidak patut berlaku

Terbaru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary mengegaskan agar layanan ‘kayangan’ tidak seharusnya berlaku.

Sebaliknya beliau mengingatkan pengurusan masjid supaya mempunyai budi bicara dalam menentukan kehadiran jemaah dan tidak hanya melayani kumpulan tertentu.

“Pihak yang berhormat menteri agama sendiri telahpun meminta dan memohon penjelasan daripada pihak masjid khususnya di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan insya-Allah dalam tempoh sehari dua lagi perkara ini kita akan selesaikan.

“Saya sendiri pun sebenarnya apabila ke masjid saya beratur, paling penting yang mahu ke masjid perlu pergi awal dan ambil tempat sesuai,” katanya.

Kerajaan pandang serius isu tersebut

Tegas beliau lagi, kerajaan memandang serius berhubung isu tersebut kerana SOP masih dikekalkan untuk kehadiran di masjid.

Tambah beliau lagi pihak nya bagaimanapun akan sentiasa memperbaharui SOP membabitkan kehadiran jemaah di masjid.

“SOP jemaah di masjid sekarang masih lagi terhad iaitu dengan hanya jumlah minimum. Kerajaan memandang serius perkara ini dan kita akan sentiasa memperbaharu SOP mengikut kesesuaian.

“Kadar jangkitan wabak COVID-19 juga menjadi antara pertimbangan untuk kita perbaharui SOP bagi membenarkan lebih ramai jemaah dapat hadir ke masjid, namun paling penting sekarang kadar imuniti kelompok di negara ini perlu dicapai terlebih dahulu,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

18 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago