“Rakam Pasal Songkok” – Dikecam Kerana Kongsi Video Lelaki Tak Dikenali Di TikTok, Gadis Ini Tampil Perjelaskan Apa Yang Terjadi

Sejak semalam tular satu video ‘stich’ TikTok memaparkan seorang gadis menegur seorang lagi gadis kerana merakam dan berkongsi video teman lelakinya di aplikasi berkenaan.

Isu tersebut nyata mendapat pelbagai respon dari netizen dimana ada setengahnya menganggap ia hanyalah satu isu kecil dan tidak patut dipandang serius manakala setengah lagi bersetuju dengan tindakannya menegur gadis berkenaan sebagai peringatan agar tidak menganggu teman lelaki orang lain.

Namun perkongsian tersebut menyebabkan segelintir netizen yang panas hati terus menyerang akaun TikTok gadis tersebut yang dikenali sebagai Deena hingga memaksanya menutup semua ruangan komen dan terus membuang video berkenaan.

Hanyalah satu salah faham

Teruk melihat gadis tersebut diasak dan dikecam, seorang gadis yang mengakui kakaknya, Eppa kemudiannya tampil menjelaskan kepada BuzzKini apa sebenarnya yang terjadi.

Menurut Eppa, kejadian tersebut sebenarnya adalah satu salah faham yang tidak disengajakan.

‘Randomly’ record sebab tertinggal songkok langsung tiada kaitan dengan ‘jodoh’

Dia yang turut ada sewaktu rakaman tersebut diadakan menjelaskan video asal langsung tidak menyebut mengenai jodoh seperti yang didakwa netizen sebaliknya kapsyennya yang digunakan hanyalah mengenai songkok lelaki tersebut yang tertinggal.

“Dia terlupa (songkok) kot”

Mengakui silap mereka kerana merakam orang tidak dikenali, dia bagaimanapun menjelaskan ianya sebenarnya secara tidak disengajakan dimana insiden lelaki tertinggal songkok itu berlaku sewaktu mereka sedang membuat rakaman TikTok.

“Begini cerita sebenarnya. Saya dengan adik (Deena) masa tu ikut mak jumpa kawan di sebuah pam minyak berhampiran Zoo Negara.

“Saya dengan adik duduk dalam kereta dan record tiktok sebab kiteorang memang suka buat benda random, kebetulan masa adik saya tengah record tu dia ternampak lelaki tertinggal songkok atas kereta dan disebabkan rasa kelakar adik saya pun post tapi memang tak nampak muka” kata Eppa.

Ada orang komen ‘try tegur mana tahu jodoh’

Namun tidak lama selepas memuat naik video tersebut, seorang pengguna TikTok meninggalkan komen memintanya menegur lelaki berkenaan dengan menggunakan ayat : ” Try tegur mana tahu jodoh”

Enggan niatnya disalahertikan, dia kemudian berkongsi satu lagi video dan memuat naik kapsyen : “Tah Tah bapak orang, ish korang ni”

Namun video tersebut ternyata tular malah masuk ke halaman FYP sehingga diketahui oleh teman wanita lelaki tersebut.

“Tah-tah bapak orang, ish korang ni”

Sudah hubungi kakak kepada teman wanita lelaki itu

Dia dalam masa sama turut memaklumkan sudah menghubungi kakak kepada teman wanita lelaki tersebut dan sudah menjelaskan apa yang terjadi.

“Saya pun dah DM kakak teman wanita lelaki tu dan jelaskan salah faham yang terjadi dan dia juga dah memberi maklum balas akan berbincang dengan adik dia”.

Tambahnya lagi, pihak disana juga sudah memaklumkan akan membuat satu lagi video untuk menjelaskan situasi sebenar.

Dia dan adiknya dalam masa turut memohon maaf kerana merakam video tersebut tanpa berfikir panjang namun berharap orang ramai agar berhenti dari menggangu adiknya dan mengelarnya dengan panggilan tidak senonoh walhal tidak tahu cerita sebenar.

Dengan penjelasan ini dia harap orang ramai berhenti dari menyerang adiknya tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Kami minta maaf sebab rakam tanpa izin tanpa berfikir panjang. tapi saya minta takedown sebab ramai dm adik saya dengan panggilan perempuan murahan dan sebagainya sedangkan tak tahu cerita sebenar. Saya ketika tu memang ada dengan dia”

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

5 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

7 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

8 hours ago