‘Ekzos Bising Tak Buat Motosikal Jadi Laju ‘- Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan tindakan mengubah suai ekzos motosikal tidak dapat menambahkan kelajuan kenderaaan se­perti yang dipercayai oleh keba­nyakan mat rempit, sebaliknya ia hanya mendatangkan bunyi bi­sing dan mengganggu ketenteraman awam.

Menurut Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan, Kawalan Lalu lintas, Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain, ia sebenarnya hanyalah mitos yang sudah menjadi kepercayaan golongan mat rempit hingga mendorong ramai dari mereka untuk me­lakukan kesalahan itu.

Jelasnya lagi,  hasi siasatan mendapati, ramai golongan mat rempit mengubah suai ekzos motosikal masing-masing ha­nyalah semata-mata atas dasar me­nunjukkan ego dan mendatangkan ancaman kepada pe­saing ketika berlumba.

“Siasatan mendapati, tindakan itu tidak mampu memberikan kelajuan kepada sesebuah motosikal, sebaliknya ia sekadar untuk memberi persaingan bunyi kepada lawan.

“Ramai ingat bila ubah suai ekzos motosikal, kelajuannya akan meningkat. Itu tidak benar sama sekali. Kapasiti cc motosikal de­ngan kelajuan adalah seiring dan tiada kena mengena dengan ekzos,” kata Nadzri.

Foto : BH

Bukan sahaja menjejaskan ketenteraman awam dan ke­selamatan komuniti serta pengguna jalan raya dengan bunyinya yang membinggitkan, mengunakan ekzos sebegini juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam masyarakat.

Ianya sudah terbukti didalam satu kes di Sepang pada 2018 dimana seorang lelaki menyerang lima remaja kerana berang dengan bunyi ekzos motosikal mereka.

“Jiran pemilik motosikal tersebut sebelum itu beberapa kali menegur perbuatan mereka yang sering membuat bising dengan menunggang motosikal yang mengeluarkan bunyi ekzos bi­sing,” ujarnya.

Foto : Paultan

Rancang satu operasi khas bunyi bersama agensi lain

Tambah beliau lagi, JSPT juga sedang merancang satu operasi khas ‘bunyi bising’ yang akan dijalankan secara bersepadu bersama agensi pe­nguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sepanjang masa di seluruh negara.

“Saya akui ada yang menyarankan PDRM menerusi JSPT agar memberi tumpuan kepada operasi pemandu mabuk berbanding memeriksa ekzos motosikal. Sebenarnya, kedua-dua isu tetap dalam pemantauan dan pemerhatian kita.

“Menjadi tanggungjawab PDRM untuk melindungi dan menjaga keselamatan serta ke­selesaan masyarakat, komuniti dan pengguna jalan raya dari terbelenggu dengan isu pengubahsuaian ekzos yang mengeluarkan bunyi bising,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago