“Itu Semua Taktik” – Netizen Dakwa Sajat Lari Ke Thailand Kerana Hutang

Sejak semalam nama usahawan kontroversi, Sajat hangat diperkatakan selepas dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand di Bangkok selepas pihak berkuasa Malaysia memberikan maklumat mengenai kebeberadaannya.

PDRM kemudian menerusi satu kenyataan mengesahkan penangkapan Sajat atau nama betulnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disana kerana memiliki pasport yang tidak sah.

PDRM dalam masa sama turut memaklumkan sedang dalam sesi rundingan bersama kerajaan Thailand untuk membawa pulang Sajat dimana dia turut dikehendaki kerana bersabit Seksyen 9 Di bawah Sekysen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam dari menjalankan kewajipan.

Namun menurut laporan media usaha berkena bagaimanapun agak sukar kerana terdapat campur tangan pihak antarabangsa serta pertubuhan tertentu selain faktor Sajat telah mendapat kad perlindungan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR)

Malah dia kini dikhabarkan sedang dalam proses memohon kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Namun terbaharu tular dimedia sosial dakwaan netizen yang mengatakan Sajat sebenarnya lari kesana bukan kerana kesalahan-kesalahan tersebut termasuklah dengan kesalahan dibawah JAIS, iaitu berpakaian seperti wanita sebaliknya dia sebenarnya melarikan diri dari kerana diisytihar muflis dan kerana hutang.

Netizen dakwa ada kaitan dengan kes ganti rugi RM100,000

Selain itu ada juga netizen mendakwa antara faktor utama dia melarikan diri kesana kerana usahawan kontoversi itu gagal membayar wang ganti rugi kepada bekas stokis produk bengkungnya, OWA Resources.

Diringkas selepas naik turut mahkamah berlawan saman, Sajat akhirnya kalah dan mahkamah memintanya membayar ganti rugi bersama kos kehakiman sebanyak RM200,000

Namun disebabkan gagal berbuat demikian, satu notis kebankrapan telah pun difailkan ke atasnya pada pada April lalu.

Akhirnya 30 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan notis kebankrapan terhadap Sajat diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penyampaian.

Taktik untuk larikan diri

“Isu pergi Mekah(pakai tudung) dan masuk tempat wanita selain keluar dari Islam tu semua taktik lepas dia kalah kes mahkamah.

“Dia melakukan provokasi pada rakyak Malaysia tepat pada waktunya dan jadikan dirinya mangsa untuk lari dari hutang. Tapi sebenarnya dia scammer.”

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

26 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

39 mins ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

4 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

5 hours ago