Rangka Manusia Berusia Lebih 5,000 Tahun Ditemui Di Bukit Keteri, Perlis

Jabatan Warisan Negara (JWN) hari ini mengumumkan penemuan fosil rangka dan tengkorak manusia pra sejarah yang berusia sekitar 5,000 tahun hingga 10,000 tahun yang ditemui di Bukit Keteri, Perlis.

Menurut Pesuruhjaya JWN, Mohd Azmi Mohd Yusof penemuan itu hasil eksploarsi Jabatan Warisan bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan juga Persatuan Pendaki Negeri Perlis sejak Julai lalu.

“Berdasarkan kajian lepas yang dibuat di sekitar gua di Perlis, serpihan rangka dan tengkorak yang dijumpai di Bukit Keteri pula boleh dianggarkan (berusia) sekitar 5,000 hingga 10,000 tahun lepas”

Turut temui lukisan dinding zaman Proto

Bukan itu sahaja, hasil eksplorasi itu turut menemui lukisan gua zaman proto sejarah di Gua Semadong.

Menurut laporan Bernama, lukisan yang mempunyai pengaruh Hindu-Buddha itu dianggarkan sekitar abad kelima hingga 10 masihi.


“Ini adalah penemuan terbaharu dari negeri Perlis dan satu penemuan yang amat baik bagi kita untuk merangka kronologi sejarah.

“Daripada lukisan ini, kita dapat lihat lukisan berbentuk binatang seperti lembu, gajah, ular, mawas serta manusia. Kita percaya ia mempunyai pengaruh Hindu-Buddha yang dianggarkan sekitar abad kelima hingga ke-10 Masihi”

Dengan penemuan-penemuan ini, beliau juga yakin ia sudah membuktikan Perlis pernah menjadi kawasan penempatan masyarakat prasejarah dan proto sejarah, ribuan tahun dahulu.

Foto : Bernama

“Berdasarkan kajian lalu yang dibuat di sekitar gua di Perlis, kawasan gua di Bukit Chuping, Bukit Tunku Lembu. Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul digunakan sebagai tapak penempatan dan pengkebumian masyarakat paleolitik dan neolitik berdasarkan penemuan artifak pelbagai jenis alat batu dan tembikar tanah.

“Kita percaya kawasan ini bukan sahaja didiami oleh masyarakat prasejarah, malah pernah dihuni oleh masyarakat zaman proto sejarah berdasarkan artifak seperti kalam semah (votive tablet) yang turut ditemui di kawasan itu,” katanya kepada media.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago