Tak Dapat Buat Pesanan Di Kaunter Drive-Thru KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Buat Ramai Simpati [Video]

Boleh dikatakan mana-mana restoran dan perniagaaan yang mempunyai fasiliti pandu lalu pasti mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.

Ini kerana kemudahan sebegini dapat membantu pelanggan membeli makanan yang mereka mahukan tanpa perlu keluar dari kereta dengan salah satu pelopornya di Malaysia adalah rangkaian francais restoran makanan segera KFC.

Namun baru-baru ini tular di media sosial luahan hati seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU)  yang dinafikan haknya ntuk membeli makanan secara pandu lalu di sana.

Menerusi TikTok, wanita ini yang menggunakan akaun @aira_meor  telah berkongsi kepada orang ramai rasa kecewanya apabila tidak boleh membuat pesanan di pandu lalu kerana mempunyai masalah pekak dan bisu.

Dia yang sudah lama beratur dan menunggu di laluan pandu lalu kemudiannya diminta untuk membuat pesanan didalam kaunter sebaik tiba waktunya untuk melakukan pesanan.

@aira_meor

Sy kecewa sikit buat kali 2. Xpe sy merayu pihak KFC HQ menaik taraf screen utk Pekak. #kfc #tiktokmalaysia #bahasaisyaratmalaysia #fyp #deafawarness

♬ Sadness – Official Sound Studio

Menurut seorang dari rakan petugas yang melayannya, dia perlu membuat pesanan di dalam kerana tidak boleh mengambil pesanan melalui ‘screen’ walhal wanita ini sebelum diberitahu oleh seorang petugas yang dikenalinya yang dia boleh melakukannya di drive thru sama dengan hanya menulis atau menunjuk menu yang ingin dipesannya.

Disebabkan sudah lama menunggu didalam kereta dan kini perlu turun dari kereta dan masuk kedalam semata-mata untuk membuat pesanan, dia kemudian nekad untuk berlalu pergi walaupuan dalam keadaan berlapar.

Malah dia merasakan sudah membuang masa memandangkan sudah lama siap sedia untuk menunjukkan gamba menu di dalam telefon pintarnya.

Menerusi ruangan kapsyen , Aira yang mengakui kecewa dengan perkara tersebut memandangkan sudah dua kali berdepan perkara sama turut merayu agar KFC dapat menaiktaraf sistem pandu lalu mereka demi membantu pelanggannya yang ada masalah pekak.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai. Majoriti dilihat menzahirkan rasa simpati kepada wanita tersebut dan faham kesukaran yang sedang dihadapinya.

Ada juga yang berpendapat setiap individu sepatutnya dilayan sama rata dan ada yang memberikan pandangan bahawa sekolah patut mengajar asas bahasa isyarat kepada para pelajar normal dalam memudahkan interaksi mereka bersama orang bisu dan pekak.

KFC mohon maaf

Perkara tersebut kemudiannya turut menarik perhatian pihak KFC yang tampil memohon maaf di ruangan komen.

Mereka turut memaklumkan tindakan sewajarnya telah diambil berhubung isu tersebut.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago