Anggota Trafik Yang Dilanggar Motosikal Dalam Video Tular Tak Buat Laporan Atas Dasar Simpati

Sejak semalam tular sebuah video di media sosial memperlihatkan insiden seorang anggota trafik dilanggar oleh penunggang sebuah motosikal di ibu kota.

Menerusi video berdurasi 28 saat itu penunggang motosikal jenis Y15 berkenaan pada mulanya dilihat ‘mencilok’ di antara kereta di susur keluar sebuah lebuhraya sebelum dia terlanggar anggota polis trafik berkenaan yang sedang bertugas sewaktu cubaanya keluar dari susur keluar berkenaan.

Insiden tersebut nyata mencuri tumpuan ramai dan ramai menjangkakan dia bakal berdepan ‘masalah’ memandangkan orang yang dilanggarnya adalah seorang polis trafik yang sedang bertugas.

Namun siapa sangka, penunggang motosikal tersebut sememangnya bernasib baik apabila dia terlepas dari sebarang masalah kerana anggota polis berkenaan tidak membuat sebarang laporan berhubung insiden tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman , anggota trafik tersebut enggan membuat laporan atas dasar simpati kepada penunggang motosikal tersebut.

Jelas Abd Khalid lagi insiden yang berlaku di susur Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Persiaran Kewajipan pada jam 7 pagi itu juga tidak mendatangkan sebarang kecederaan dan kerosakan pada kenderaan masing-masing.

“Kedua-dua pihak tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kerosakan pada kenderaan.

“Atas dasar simpati kepada penunggang motosikal tersebut dalam situasi yang dihadapi, maka anggota trafik terbabit tidak membuat sebarang laporan polis terhadap insiden yang berlaku sebaliknya meneruskan tugas di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

12 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

14 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

18 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

18 hours ago