Rancang Nak Beri Ganjaran, Grab Cari Rider di Kajang Yang Cuba Selamatkan Pemandu Hilux Pitam

Semalam kami ada melaporkan satu insiden kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Hilux yang telah merempuh sebuah Perodua Alza sebelum merempuh sebuah gerai dan sebuah rumah kedai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, kejadian tersebut berpunca selepas pemandu Hilux berusia 39 itu secara tiba-tiba pitam ketika sedang memandu akibat tidak makan.

Baca artikel berkaitan : Hilux Rempuh Alza & Gerai Selepas Pemandu Pengsan Mengejut Gara-Gara Lapar Tak Makan [Video]

Menerusi klip video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa individu termasuk seorang seorang rider GrabFood yang dilihat berkali-kali cuba membuka pintu dan mengetuk tingkap Hilux berkenaan selain cuba memecahkannya ketika ianya tersangkut di Perodua Alza yang dirempuhnya sebagai cubaannya untuk menyelamatkan mangsa yang pitam.

Namun dia dilhat berundur sewaktu Hilux tersebut tiba-tiba meluncur laju dan merempuh sebuah gerai dan sebuah motosikal sebelum akhirnya tersangkut di pintu sebuah rumah kedai yang dilanggarnya.

Namun sewaktu trak pikap sudah melanggar rumah kedai berkenaan, rider ini sekali lagi menjadi antara individu yang terawal sampai untuk melihat kondisi pemandu berkenan.

Keberanian rider tersebut selain caranya berdepan insiden berkenaan nyata menarik perhatian ramai yang menyifatkan mereka sebagai penyelamat setiap kali ada berlaku perkara tidak diingini di jalan raya.

Namun siapa sangka salah satu ciapan pujian tersebut turut mendapat perhatian Grab Malaysia sendiri apabila mereka dilihat membalas ciapan berkenaan dan bertanya adakah individu tersebut mengenali rider berkenaan.

Ini kerana mereka mahu mengesan siapakah rider tersebut bagi memudahkan mereka memberikannya ganjaran diatas keberaniannya.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

8 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

37 mins ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

19 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

19 hours ago