
Rancang Nak Beri Ganjaran, Grab Cari Rider di Kajang Yang Cuba Selamatkan Pemandu Hilux Pitam
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam kami ada melaporkan satu insiden kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Hilux yang telah merempuh sebuah Perodua Alza sebelum merempuh sebuah gerai dan sebuah rumah kedai.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, kejadian tersebut berpunca selepas pemandu Hilux berusia 39 itu secara tiba-tiba pitam ketika sedang memandu akibat tidak makan.
Baca artikel berkaitan : Hilux Rempuh Alza & Gerai Selepas Pemandu Pengsan Mengejut Gara-Gara Lapar Tak Makan [Video]
Menerusi klip video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa individu termasuk seorang seorang rider GrabFood yang dilihat berkali-kali cuba membuka pintu dan mengetuk tingkap Hilux berkenaan selain cuba memecahkannya ketika ianya tersangkut di Perodua Alza yang dirempuhnya sebagai cubaannya untuk menyelamatkan mangsa yang pitam.
Rider2 grab/foodpanda memang selalu berjasa lah bile ada kemalangan mcm ni. In my case pon sama jugak, rider grab yang berbakti halang org mabuk yg langgar kereta saya daripada lari. Thanks rider2 grab and food panda sume. The real heroes😎👍💪
— Zayn🐝 (@irshad_khabir) October 27, 2021
Namun dia dilhat berundur sewaktu Hilux tersebut tiba-tiba meluncur laju dan merempuh sebuah gerai dan sebuah motosikal sebelum akhirnya tersangkut di pintu sebuah rumah kedai yang dilanggarnya.
Namun sewaktu trak pikap sudah melanggar rumah kedai berkenaan, rider ini sekali lagi menjadi antara individu yang terawal sampai untuk melihat kondisi pemandu berkenan.
Keberanian rider tersebut selain caranya berdepan insiden berkenaan nyata menarik perhatian ramai yang menyifatkan mereka sebagai penyelamat setiap kali ada berlaku perkara tidak diingini di jalan raya.
Namun siapa sangka salah satu ciapan pujian tersebut turut mendapat perhatian Grab Malaysia sendiri apabila mereka dilihat membalas ciapan berkenaan dan bertanya adakah individu tersebut mengenali rider berkenaan.
Ini kerana mereka mahu mengesan siapakah rider tersebut bagi memudahkan mereka memberikannya ganjaran diatas keberaniannya.
Also. @GrabMY riders are something else. They deliver our order and they always ready to save the day.
— Shamin Shaimah (@Shamin_Shaimah) October 28, 2021
I could not agree more but do you have the details of the rider's bike so that we can locate and reward him or her for the brave attitude on helping others? 💚
— Grab Malaysia (@GrabMY) October 28, 2021
Baca artikel berkaitan :