fbpx
Now Reading
Selepas 30 Tahun, Hospital Di Jepun Baru Tahu Mereka Guna Air Tandas Sebagai Sumber Minuman

Selepas 30 Tahun, Hospital Di Jepun Baru Tahu Mereka Guna Air Tandas Sebagai Sumber Minuman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bunyinya terlalu menggelikan bukan? Namun itu lah kenyataan yang terpaksa diterima oleh petugas dan pesakit di sebuah hospital di Jepun sebaik mengetahui yang mereka selama ini telah menggunakan air tandas sebagai sumber minuman mereka selama 30 tahun.

Semua itu berlaku gara-gara sistem paip bangunan hospital yang terletak di Osaka, Jepun itu disambungkan secara salah.

Pengurusan Hospital Universiti Osaka di Suita yang siap dibina pada 1993 difahamkan baru mengetahui perkara tersebut baru-baru ini sebelum membuat pengumuman mengenainya pada 20 Oktober yang lalu.

Naib presiden hospital tersebut, Kazuhiko Nakatani kemudiannya tampil memohon maaf atas di atas perkara tersebut.

Menurut Daily Mail, kesilapan teknikal itu secara kebetulan ditemui memandangkan mereka sedang membina loji air baharu bagi hospital tersebut.

Hasil pemeriksaan lanjutan, kira-kira 120 paip air disambung secara salah dan keadaan itu sudah berlarutan selama 30 tahun sejak hospital itu dibuka pada 1993.

Sepanjang tempoh itu, petugas dan pesakit di hospital berkenaan sudah menggunakan air tandas berkenaan untuk dijadikan minuman, mencuci tangan dan berkumur-kumur tanpa mengetahui sumbernya.

Sehubungan itu pihak pengurusan hospital sudah mula melakukan siasatan menyeluruh dan membaiki semua sistem paip yang disambung secara salah. Mereka dalam masa sama turut berjanji isu sama tidak akan berulang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.