Tersenarai Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia, Ini Respon Forest City Johor

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu perkongsian video oleh saluran Youtube yang sedang meningkat naik, Top Luxury yang menyenaraikan projek futuristik mewah, Forest City di Johor sebagai salah satu projek mega paling tak berguna di dunia.

Berada di tempat ke-2 selepas Yucca Mountain Nuclear Waste Repository yang terletak di Amerika Syarikat (AS), saluran tersebut menerusi video ‘Most Useless Megaprojects In The World’ telah menyenaraikan beberapa faktor yang menurut mereka ‘melayakkan’ Forest City digelar sebegitu rupa.

Di antaranya ialah angka penduduk semasa yang disifatkan begitu rendah iaitu seramai 500 sedangkan ia boleh menampung ratusan ribu penghuni pada satu-satu masa, selain isu pemberhentian pekerja lebih dari 1,000 ekoran seolah memberikan gambaran merudumnnya tahap kemajuan projek bernilai AS$100 bilion (RM418 bilion) itu.

Baca artikel berkaitan di sini : Forest City Johor Disenaraikan Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia

Hanyalah perspektif peribadi dan tak diiktiraf mana-mana organisasi antarbangsa

Tidak mendiamkan diri, Country Garden selaku pembangun projek tersebut kemudiannya tampil menangkis dakwaan Top Luxury.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Country Garden, mereka mengganggap senarai yang dikeluarkan itu hanyalah satu perspektif peribadi mereka.

Jelas syarikat itu, kenyataan dan pendedahan yang dilakukan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana organisasi antarabangsa sebaliknya ia hanyalah untuk menarik perhatian orang ramai.

Foto : Forest City

Kenyataan yang tidak relevan dan berat sebelah

Menurut kenyataan itu lagi, saluran berkenaan dilihat berat sebelah dan menghasilkan kandungan yang tidak relevan serta mengelirukan mengenai Forest City malah mereka juga mempunyai sikap yang berbeza terhadap projek yang sama jika berpandu pada tempoh yang singkat.

“Meskipun (Forest City) mendapat komen membina dari segi perspektif pelaburan asing, ekonomi, kemampanan perniagaan sebelum ini, penerbit(Top Luxury) berkenaan telah memilih untuk menekankan dari sudut pandangan bersifat rasis, berat sebelah dan lebih kepada padangan peribadi.

Foto : Malaymail

“Namun memahami ia hanyalah perspektif dan hak individu (saluran tersebut) untuk menyatakan satu pendapat secara bebas, justeru pihak syarikat tidak akan mengeluarkan sebarang ulasan lanjut mengenainya,” katanya pada kenyataan yang disiarkan di laman rasmi mereka.

Foto : Forest City

Projek pembangunan jangka panjang

Tambah mereka lagi Forest City adalah satu projek pembangunan berjangka masa panjang dan akan mengambil masa selama 25 hingga 30 tahun. 

Mereka dalam masa sama turut menjelaskan bahawa syarikat itu akan meneruskan operasi seperti biasa memandangkan penularan Covid-19 dilihat semakin berkurang.

Difahamkan mereka setakat ini telah berjaya menyiapkan 4 juta meter persegi kawasan pembinaan yang merangkumi 2 hotel lima bintang, dua padang golf berstandard antarabangsa, sekolah antarabangsa dan banyak lagi.

Sebagai rekod, selain Forest City Johor dan Yucca Mountain Nuclear Waste Repository yang terletak di Amerika Syarikat (AS), tiga lagi projek mega yang tersenarai ialah Interstate H-3 di Hawai, Amerika Syarikat (AS), Ciudad Real Central Airport di Sepanyol, Naypyidaw di Myanmar.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago