Sulaiman Md Ali Selesai Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13 [Video]

Datuk Seri Sulaiman Md. Ali  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, sebentar tadi telah selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Lendu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Sri Utama pada jam sekitar 1 pagi Ahad.

Foto : Wee Ka Siong

Menerusi laporan Bernama, istiadat angkat sumpah tadi turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) iaitu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara tersebut turut dikongsikan Dr Wee menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Foto : Wee Ka Siong

Majlis Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan turut disiarkan oleh saluran Melaka TV di laman Youtube mereka.

Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Melaka dengan majoriti dua pertiga selepas menguasai 20 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing menang lima dan dua kerusi.

Foto: Malaysiakini

Baca artikel berkaitan : Barisan Nasional Menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

Terdahulu BN menamakan Sulaiman sebagai calon Ketua Menteri sekiraya mereka berjaya mendapat mandat kerajaan negeri.

Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas dilantik memegang jawatan berkenaan pada tahun lalu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Faisal Halim dilaporkan mengalami kelecuran tahap 4 serta pergerakan dan percakap terbatas ekoran daripada insiden…

16 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

1 hour ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

2 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

17 hours ago