
Sulaiman Md Ali Selesai Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13 [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, sebentar tadi telah selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Lendu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Sri Utama pada jam sekitar 1 pagi Ahad.

Menerusi laporan Bernama, istiadat angkat sumpah tadi turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) iaitu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara tersebut turut dikongsikan Dr Wee menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Majlis Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan turut disiarkan oleh saluran Melaka TV di laman Youtube mereka.
Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Melaka dengan majoriti dua pertiga selepas menguasai 20 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing menang lima dan dua kerusi.

Baca artikel berkaitan : Barisan Nasional Menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka
Terdahulu BN menamakan Sulaiman sebagai calon Ketua Menteri sekiraya mereka berjaya mendapat mandat kerajaan negeri.
Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas dilantik memegang jawatan berkenaan pada tahun lalu.