“Cita-Cita Abah Ni” – Video Pakcik Terkejut Dapat Hadiah Jam Idaman Dari Anak Buat Ramai Sebak

Siapa yang tak sukakan kejutan bukan? Lagi-lagi kalau pemberian tersebut adalah dari orang tersayang.

Bahkan ianya akan menjadi lebih mengujakan sekiranya hadiah yang diterima adalah sesuatu benda yang anda idamkan selama ini sekaligus membuatkan diri rasa begitu dihargai.

Itu yang dirasakan seorang pakcik ini selepas menerima kejutan berupa jam tangan berjenama yang dihadiahkan oleh anak-anaknya.

Menerusi video yang dikongsikan anaknya, Naem Zaimi di aplikasi TikTok, pakcik berkenaan yang pada mulanya tertanya-tanya bertukar menjadi sebak sebaik mengetahui hadiah tersebut adalah jam tangan berjenama Rado yang sebelum ini begitu diidam-idamkannya.

Lebih menyedihkan apabila dia dilihat gagal mengawal emosinya hingga menitiskan airmata kerana tidak menyangka menerima hadiah berkenaan.

@naemzaimi Kami sayang Abah❤️ #foryoupage #foryou #viral #kamisempoi #abangspek ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Video yang dimuat naik, Naem Zaimi di aplikasi TikTok tertanya menarik perhatian netizen. Ramai yang meluahkan rasa terharu sebaik melihat reaksi si ayah yang begitu sebak dan gembira apabila dihadiahkan jam berkenaan.

Dia kemudian berkongsi satu lagi video selepas orang ramai mula memintanya untuk membuang muzik yang ada di dalam video untuk mendegar apa yang disebutkan si ayah.

“Ya Allah cita-cita abah”

@naemzaimi Reply to @nadiahasif11 ♬ original sound – ᴬᴮᴬᴺᴳ𝐒𝐏𝐄𝐊🦅 – ᴬᴮᴬᴺᴳ𝐒𝐏𝐄𝐊👓

“Ya Allah cita-cita abah, betul ke hanpga beli untuk abah. Memang cita-cita abah tapi sampai bila-bila pun abah tak boleh pakai dah,”

Dia kemudian dilihat mencuba jam tangan berharga RM3,0000 itu sambil mengalirkan air mata.

Pernah ada jam serupa tapi hilang

Menerusi laporan Harian Metro, Naim menjelaskan abahnya sebelum ini pernah mempunyai jam tangan yang serupa namun ianya hilang di laut beberapa tahun lalu.

Mungkin merindui jam berkenaan, dia kemudian kerap dilihat singgah di sebuah jam untuk melihat jam baharu namun tidak pernah membelinya kerana harganya yang agak mahal.

“Bapa sebelum ini bekerja sebagai nelayan dan jam tangan yang mempunyai nilai sentimental buat dirinya itu terjatuh dalam laut.

“Malah, bapanya juga sering singgah di sebuah kedai jam setiap kali pergi ke Pekan Alor Setar untuk melihat corak dan jam baharu.

“Tetapi oleh kerana harga jam tangan jenama berkenaan yang mahal dan lebih mengutamakan keluarga, bapa membatalkan hasrat untuk memiliki jam berkenaan,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago