Tak Tunaikan Janji Lari Berbogel, Lelaki Mohon Maaf & Ganti Dengan Infaq Tinted Percuma Untuk Surau [Video]

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai seorang pemuda yang mencabar dirinya sendiri untuk pulang ke Johor dalam keadaan berbogel sekiranya KL City mampu menundukkan pasukan kegemarannya, JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Keputusan perlawanan tersebut bagaimanapun menjadi igauan buruk kepadanya apabila KL City FC berjaya menundukkan JDT 2-0.

Ekoran itu ramai yang mula menuntut agar pemuda berkenaan menunaikan janji. Tidak lama kemudiannya tersebar satu paparan tangkap layar dipercayai ditulis olehnya di mana dia membatalkan janjinya itu gara-gara mengalami masalah sesak nafas.

Isu tersebut menyebabkan akaun media sosial miliknya baik di Facebook dan TikTok teruk diserang netizen.

Baca artikel berkaitan : Cabar Diri Akan Balik Johor Bogel Jika JDT Kalah, Netizen Mahu Lelaki Ini Tunai Janji

Tampil memohon maaf, ganti dengan infaq percuma untuk sebuah surau.

Terbaharu, pemuda berkenaan menerusi satu video tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat menunaikan janjinya.

Sebagai ganti, dia memaklumkan telah menunaikan nazar untuk memberikan perkhidmatan tinted percuma untuk sebuah surau.

Dia dalam masa sama turut berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya itu dan berharap orang ramai sudi memaafkannya.

“Dengan rendah diri, saya ingin memohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia disebabkan video saya yang tular baru-baru ini.

“Saya berjanji takkan mengulanginya lagi, dan saya bernazar untuk memberikan tinted percuma kepada surau ni. “Saya harap rakyat Malaysia dapat memaafkan saya, terima kasih.

@tintedoffer2

sya memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia…

♬ original sound – tintedoffer2

Tak wajib tunai sumpah berbentuk maskiat

Meskipun terus dikecam, segelintir netizen dilihat sudah boleh menerima ganti yang dilakukan lelaki berkenaan.

Malahah menerusi Twitter, seorang pengguna, Mohammad Faezz Harith menjelaskan bahawa sebarang sumpah atau janji mahupun nazar berbentuk maksiat adalah tidak wajib dipenuhi.

Namun mereka yang melakukannya wajib bertaubat dan membayar kaffarah sumpahnya.

Lebih mulia kerana berani memohon maaf

Malah ada yang memujinya kerana berani memohon maaf secara terbuka bahkan telah menunaikan nazarnya dengan memasangkan tinted secara percuma untuk sebuah rumah ibadat.

Malah dia berpendapat pemuda itu lebih mulia apabila dia berani memohon maaf.

Definisi Kaffarah dan cara membayarnya

Menerusi carian kami di laman Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Kaffarah dinamakan sedemikian kerana ia menutup dosa dan diberikan keringanan oleh Allah SWT. 

Kaffarah dari segi istilah syarak adalah menunaikan kewajipan berbentuk harta atau tubuh badan disebabkan meninggalkan sesuatu tanggungjawab atau kewajipan hukum syarak. Ia boleh dirumuskan sebagai satu tindakan yang boleh menghapuskan dosa sama ada dengan membebaskan hamba, bersedekah atau berpuasa dengan syarat-syarat tertentu.

Bagi orang yang melanggar sumpah, Kaffarah melanggar sumpah adalah dengan memberi makan 10 orang fakir miskin atau memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin.

Wallahualam..

Dengan penjelaskan ini dan permohonan maaf darinya, kami berharap isu ini segera reda dan segala bentuk kecaman haruslah dihentikan.

Kerana kami dan anda semua pasti tahu yang kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari melakukan kesilapan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

4 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago