Baru-baru ini penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, telah mengumumkan yang dia kini sah bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli.
Nora dalam masa sama turut memaklumkan Dr Rushdi merupakan sahabat baik kepada Allahyarham suaminya, Johan Nawawi.
Baca artikel berkaitan : Nora Umum Sudah Bernikah Dengan Sahabat Baik Arwah Johan
Namun siapa sangka, niat baik mereka menghebahkan berita pernikahan disambut dengan tuduhan tidak berasas oleh segelintir netizen apabila ada yang mendakwa Nora sebenarnya sudah 2 tahun mendirikan rumah tangga bersama Dr Rushdi selain dia turut memaksa suaminya itu untuk menceraikan isteri pertamanya.
Nora kemudian menerusi satu mesej whatsapp ringkas menjelaskan kepada media bahawa itu semua adalah fitnah dan tidak benar.
“Astagfirulllahalazim. Semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja kenyataan daripada saya,” ujarnya ringkas.
Tidak lama kemudiannya, Dr Rushdi pula tampil menerusi satu mesej rakaman suara menafikan dakwaan-dakwaan berkenaan.
“Saya, Rushdi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan yang tular pada saat ini bertujuan mencemarkan nama baik dan perkahwinan antara saya dan Nora. Ia adalah satu fitnah, tohmahan berniat jahat dan buruk.
“Semoga Allah SWT memberi balasan setimpal terhadap mereka berniat jahat terhadap perkahwinan kami,”
Dr Rushi Ramli
Beliau pada masa sama turut tidak menolak kemungkinan semua ini dilakukan atas dasar iri hati terhadap perkahwinannya bersama Nora.
“Apa yang dicanangkan dan tular tidak betul serta tepat. Mungkin ada rasa iri hati dalam kalangan mereka menyebabkan isu ini ditimbulkan,”
Nora menerusi laporan BH turut menegaskan semua itu adalah gosip sama seperti dakwaan terdahulu apabila ada yang mendakwa dia telah melangsungkan perkahwinan dengan Menteri Komunikasi & Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
“Saya tidak tahu apa-apa, jauh sekali rasa kecewa kerana gosip yang tersebar tidak benar sama sekali.
“Cerita itu sama seperti kisah dakwaan saya berkahwin dengan Tan Sri Annuar Musa suatu ketika dahulu, di mana saya sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya,”
Nora menerusi satu perkongsian di Instagram turut meluahkan kekecewaannya selepas isu tersebut menjadi tular.
“Niat saya (umum perkahwinan) betul-betul kerana Allah. Tapi lain pula jadinya. Bagitau salah, tak bagitau pun salah…”
“Sebagai seorang selebriti saya juga berhak utk tidak berkongsi atau explain everything tentang hal2 kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan. That’s my privacy.
Dia dalam masa sama turut meminta penyebar fitnah untuk tampil bersemuka dengannya bagi mengetahui apakah punca dia melakukan sedemikian.
“Saya menyeru kpd individu yg sengaja ingin memburukkan kami, pls tampil bertemu muka.
“Mungkin individu ini ada masalah, kita sama2 bantu.
“Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan fitnah, tuduhan tidak tepat ini.
Lagipun ini adalah hal kehidupan saya. Kenapa gunakan social media & FAKE ACC utk sebarkan fitnah?,” tulis Nora panjang lebar.
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…