Sejak semalam, peminat dunia hiburan hangat memperkatakan mengenai penyanyi, Ashira yang kini melakukan kerja sambilan sebagai pelayan dan pencuci pinggan di sebuah restoran di Puchong.
Mengakui tidak malu dengan pekerjaan tersebut Ashira atau nama penuhnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menegaskan dia sendiri yang memilih untuk melakukan pekerjaan tersebut yang akan dilakukannya pada hujung minggu.
Malah menurutnya apa yang dilakukan itu bukanlah disebabkan masalah kesihatan yang sedang dihidapi suaminya, Bad Indigo atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, iaitu diabetes.
“Pertama sekali saya tak terpaksa. Tiada yang paksa tapi saya yang nak kerja. Jangan salah sangka atau mudah percaya dengan tajuk (berita. Saya kerja bukan sebab Bad sakit, atau dia suruh serta terpaksa.
“Bad tidak suruh saya kerja, tidak juga menghalang. Semua ini saya yang nak buat. Bosan duduk rumah saja, jadi kena keluar juga supaya minda sihat,” katanya.
Siapa sangka perkhabaran tersebut turut meninggalkan kesan terhadap jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.
Vida menerusi satu perkongsian di Instagram kemudian meminta bantuan orang ramai yang mengetahui nombor telefon Ashira atau Bad.
Jelasnya dia hanya berniat untuk membantu Ashira agar penyanyi itu tidak membasuh pinggan di kedai makan lagi.
“Saya sedih & turut bersimpati atas perkhabaran ni. InshaAllah saya nak tolong. Ada sesiapa boleh bagi contact Ashira / Bad indigo?
“Saya nak tolong ashira supaya tak perlu basuh pinggan di kedai makan lagi. Tolong sampaikan niat & keprihatinan saya.
Terdahulu Bad dilaporkan berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakitnya itu.
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…