Seolah Sengaja Halang Kereta Lain Memotong, Tindakan Pemandu Myvi Undang Kecaman [Video]

Kami yakin majoriti dari anda pasti mempunyai pengalaman bertemu dengan pengguna jalan raya yang sangat mementingkan diri.

TIndakan mereka ini bukan sahaja menyakitkan hati, malah jika tidak kena pada ‘tempat dan waktunya’ pasti boleh mengakibatkan kemalangan sekaligus membahayakan nyawa orang lain.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah rakaman dashcam memperlihatkan aksi berbahaya sebuah Perdoua Myvi putih yang dilihat sengaja tidak memberi jalan kepada kereta di belakang untuk memotongnya dipercayai di Jalan Tanjung Sepat, Sepang.

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit itu, pemilik dashcam pada mulanya berjaya memintas sebuah Myvi biru di hadapannya.

Dia yang memandu pada kelajuan sama kemudian cuba memotong sebuah lagi Myvi putih.

Namun cubaannya kali ini tidak berjaya apabila Myvi putih tiba-tiba memecut kenderaan seolah-olah enggan memberi peluang sebaik sahaja pemilik dashcam itu cuba memotong.

Tindakan pemandu Myvi putih itu secara tidak langsung menimbulkan suasana panik di dalam kenderaan pemandu belakangnya itu.

Malah dapat didengari ‘jeritan’ dari dalam kabin kereta berkenaan apabila mereka gagal memotong Myvi tersebut malah ianya semakin kuat apabila menyedari terdapat sebuah kereta dari arah bertentangan yang semakin hampir.

Menyedari usahanya tidak berhasil, pemilik dashcam kemudian mengalah dan bertindak memperlahankan kenderaannya untuk kembali kekal di belakang Myvi tersebut.

Tindakan pemandu Myvi itu nyata mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan netizen. Malah majoriti dilihat menzahirkan rasa kecewa dan mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai penting diri dan langsung tiada toleransi.

Ada yang turut berpendapat tindakannya adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

Berikut antara komen yang diberikan netizen :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

4 mins ago
  • News
  • Trending

Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…

23 mins ago
  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

17 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

18 hours ago