“Dapat Dari WhatsApp, Saya Cuma Upload” – Isu Video Kemalangan Pemandu Lori, Suami Isteri Mohon Maaf [Video]

Sejak semalam, media sosial hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video membabitkan seorang pemandu lori yang terkena serangan jantung semasa memandu di kawasan berhampiran Kilang Daikin di Sungai Buloh.

Video tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai apabila si perakam menuduh pemandu lori tersebut mabuk sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan membabitkan 3 kenderaan lain walhal dia ketika itu sedang diserang rasa sakit di dadanya.

Pihak polis kemudian tampil menjelaskan pemandu lori itu, Ahmad Sukri Abd Samad telah mengalami serangan jantung dan akhirnya meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Baca artikel berkaitan: Polis Sahkan Pemandu Lori Rempuh 3 Kereta Bukan Mabuk Tapi Terkena Serangan Jantung

Perkhabaran tersebut kemudian menaikkan lagi kemarahan orang ramai yang menggesa si perakam tampil dan memohon maaf kepada keluarga Allahyarm pemandu lori itu.

Ramai yang mula mengecam pemilik sebuah akaun TikTok, @mubarakkhan1535 iaitu sepasang suami isteri yang memuat naik video berkenaan kerana mereka mempercayai si isteri adalah orang yang merakam insiden tersebut.

Dapat video dari WhatsApp, hanya muat naik di TikTok

Terbaharu, pasangan suami isteri itu tampil menerusi satu video menafikan bahawa mereka adalah perakam video kemalangan tersebut.

Sebaliknya mereka hanya memuat naik semula video berkenaan setelah menerimanya melalui aplikasi perbualan WhatsApp.

Malah si suami turut menjelaskan suara wanita di dalam video itu tidak sama dengan suara isterinya.

“Video itu dihantar di dalam WhatsApp ‘group’, saya cuma upload (muat naik) semula sahaja. Saya tidak ada kena mengena dengan video itu.

“Kereta yang dilanggar itu juga bukan kereta saya, dengan suara dalam video itu memang tak sama dengan suara isteri saya.”

@mubarakkhan1535

tolong tonton video sampai habis Dan meminta maaf sekali lagi

♬ bunyi asal – mubarakkhan1535

Mohon henti kecaman

Perkara sama turut ditegaskan si isteri yang menafikan dia adalah perakam video tersebut sekaligus meminta orang ramai berhenti dari mengecam mereka.

“Bukan saya merakam video itu, dan itu bukan suara saya. Kami juga dah buat laporan polis. Tolong berhenti mengecam kami,” kata si isteri.

Turut minta maaf kepada keluarga arwah

Dia dalam masa sama turut memohon maaf kepada ahli keluarga arwah di atas tindakan mereka memuat naik video tersebut.

Menerusi satu lagi perkongsian, mereka turut memuat naik salinan laporan polis yang telah dibuat mereka berhubung video tersebut.

@mubarakkhan1535

Assalamualaikum ni polis reportnya

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

8 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

14 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

14 hours ago