Iklan Kerja Sebagai Imam Rawatib Dengan Elaun Hanya RM900 Jadi Topik Hangat Netizen

Isu membabitkan gaji dan elaun yang rendah bukan satu lagi perkara baru di Malaysia.

Malah isu gaji minimum merupakan salah satu isu yang paling banyak dibangkitkan dan dibincangkan di media sosial mahupun di kedai kopi sejak bertahun lamanya.

Terbaharu, seorang pengguna Twittter, Mohammad Faeez Harith telah berkongsi satu tangkap layar iklan jawatan kosong mencari imam rawatib untuk sebuah masjid.

Apa yang menjadi persoalan ialah jumlah elaun yang ditawarkan dilihat tidak sepadan dengan posisi dan kelayakan yang diperlukan.

Lebih rendah dari paras gaji minimum

Bukan itu sahaja, Mohammad Faez turut meluahkan rasa terkilannya memandangkan jumlah elaun RM 900 yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah dari paras gaji minimum yang ditetapkan kerajaan iaitu RM1,200.

“Sudah tahun 2022, kelayakan yang diminat Masya Allah, gaji ditawarnya Naudzubillah! ” tulis Mohammad Faeez yang terkenal di Twitter sebagai peminat dan pengkaji Seni Warisan Alam Melayu.

Jika dilihat pada tangkap layar iklan tesebut, jelas mereka mahukan calon berpendidikan sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) bagi mengisi kekosongan berkenaan.

Selain itu mereka yang Syahadah Tahfiz dari Mahad Tahfiz Al-Quran atau mempunyai diploma Tahfiz al-Quran, Pengajian Islam juga boleh memohon.

Bahkan ada yang merasakan ia agak rendah berbanding tanggungjawab dan peranan yang akan digalas mereka yang bergelar Imam Rawatib.

Bukan sekadar kelayakan, peranan Imam Rawatib juga agak penting dan memerlukan mereka untuk bersedia di masjid pada waktu-waktu tertentu.

Jelas Faeez, meskipun Imam Rawatib tiada waktu bekerja yang tetap, mereka diperlukan untuk sentiasa di kawasan masjid pada waktu solat 5 waktu.

Selain itu mereka juga diperlukan untuk hal-hal lain seperti nikah kahwin, kematian, kenduri, kelas agama, dan lain-lain.

Rata-rata netizen dilihat terkejut dan kurang bersetuju dengan apa yang ditawarkan kerana ramai berpendapat ianya tidak setimpal dengan kelayakan yang diminta.

Bahkan ada yang merasakan ia agak rendah berbanding tanggungjawab dan peranan yang akan digalas mereka yang bergelar Imam Rawatib.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

2 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

7 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

7 hours ago