Iqbal Zulkefli Rancang Nak Taja Gegar Vaganza Musim Depan

Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasratnya untuk menaja program terkenal Gegar Vaganza bagi musim hadapan.

Menerusi laporan mStar, Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida menjelaskan yang dia sebenarnya sudah mengintai peluang untuk menaja rancangan berkenaan sejak awal 2021 namun rezeki belum memihak kepadanya.

GV platform terbaik untuk promosikan produk

Jelas Iqbal, dia melihat GV sebagai platform yang terbaik untuknya mempromosikan produk memandangkan tidak ramai yang tahu apa sebenarnya yang dijual olehnya.

“Sepatutnya tahun ini saya nak taja GV, saya sudah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen tapi sebab sudah ada penaja lain yang ambil dahulu jadi terlepaslah peluang itu.

“Dalam banyak-banyak program hiburan saya nampak GV ada pasaran luas, memang sudah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk… kalau taja program Islamik atau ilmiah kurang sambutan penonton.

“Saya dah berniaga selama empat tahun dan bayar beberapa program di stesen TV lain tapi macam ramai orang belum tahu apa produk saya jual, maklumlah orang kita ni tak nak tengok program ilmiah,” katanya.

Menurut usahawan itu lagi, niatnya untuk menaja program berkenaan bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana pihak termasuk bekas majikannya, Datuk Seri Vida. Selain itu dia juga mahu membantu penyanyi-penyanyi lama.

“Sebelum saya viral lagi saya dah rancang nak taja GV, bukan sebab DSV pun. Saya yang buat keputusan ini, lagi pun ini bukan program dia. Cuma buat masa ini belum rezeki saja, ikutkan bila-bila masa saya boleh jadi penaja.

“Tujuan saya nak menaja program ini untuk angkat semula orang lama industri yang berkualiti…. mahu bantu mereka tingkatkan strategi marketing kerana hal ini juga penting dalam masa sekarang.”

Jamin bawa 200% kelainan di GV

Tambah Iqbal lagi, sekiranya diberi peluang, dia mahu membawa kelainan sebanyak 200% kepada Gegar Vaganza.

“InsyaAllah kalau musim akan datang saya diberi peluang, saya akan bawa kelainan, saya jamin 200 peratus berbeza tak sama macam sekarang.

“Tapi jangan risau saya tak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan apa yang dirancang dan ditetapkan oleh stesen TV, kita hormati kru-kru dan cuba bantu industri,” ujarnya.

Sebagai info, penaja utama GV 8 ketika ini ialah Farm Fresh. Selain itu GV turut mempunyai penaja bersama iaitu DiGi, Adabi (PowerCat) dan juga Cuckoo.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

11 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

12 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

13 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

14 hours ago