Dr Maza Saran KKM Tangguh Pemberian Dos Penggalak, Keluarkan Panduan Individu Layak

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) hari ini menyarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar menangguhkan sementara pemberian dos penggalak kepada orang ramai sehingga dikeluarkan panduan menentukan siapa yang layak atau sebaliknya.

Dr Maza menerusi satu kenyataan berkata, ianya perlu kerana dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.

“Saya ingin mencadangkan agar KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangkan kesan yang serius.

“Saya tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang sudah mengurangkan risiko COVID-19, tapi saya bercakap apa yang sedang dialami oleh ramai pada dos yang ketiga ini.

“Penafian atau ‘state of denial’ tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka dan biarlah ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Jelas beliau lagi, meskipun majoriti yang menerimanya tiada masalah namun ada beberapa individu yang berkongsi kepadanya telah menerima kesan sampingan susulan dari pengambilan dos ketiga itu.

“Jika dinilai, ia bukan kisah dongeng tapi memang ramai yang mengalami atau melihat sahabat atau ahli keluarga alami dan tidak guna untuk menafikan.

“Memang benar, majoriti yang ambil tiada masalah malah saya dah ambil dos ketiga pun tiada masalah. Ibu saya pun ambil, tiada masalah. Alhamdulillah.

“Ada mendakwa kematian berlaku mengejut selepas dos ketiga itu diambil dan oleh kerana mereka ini adalah orang kampung, mereka tiada saluran aduan rasmi untuk diajukan.

“Walaupun secara perbandingan peratus mereka yang mendapat mudarat lebih kecil dibandingkan yang sihat, namun, setiap keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan,” katanya lagi.

“KKM wajar memandang serius dan kaji kesan sampingan dos penggalak” – Dr MAZA

Dr Maza sebelum ini ada berkongsi satu posting di Instagram menggesa KKM agar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.

Ianya selepas bapa beliau dimasukkan ke hospital selama seminggu kerana mengalami gejala muntah serta badan yang begitu lemah selepas mengambil dos ketiga.

KKM sedang siasat

Sehubungan itu KKM memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan sedang dalam proses menyediakan laporan.

“Pihak NPRA telah menghubungi hospital yang berkenaan dan mereka dalam proses menyiasat dan menyediakan laporan AEFI,” kata Program Perkhidmatan Farmasi KKM dipetik dari FMT.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

14 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

15 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

17 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

19 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

19 hours ago