Dituduh Sertai Golongan Illuminati Hanya Kerana Mata Lebam, Ini Respon Naim Daniel

Baru-baru ini penyanyi terkenal, Naim Daniel telah mengalami kecederaan ringan pada muka dan tangan selepas terjatuh sewaktu sedang bermain skate board.

Dia yang tercedera kemudian telah dibawa  ke klinik oleh rakan-rakannya termasuk penyanyi Ismail Izzani untuk mendapatkan rawatan.

Namun di sebalik insiden tersebut, tular di media sosial apabila ada halaman kumpulan penganut teori konspirasi mengaitkan kecederaan di mukanya dengan agenda Illuminati.

Menurut laman yang dinamakan sebagai Ilmu Eskatologi itu, luka pada muka Naim seolah-olah sama dengan mereka yang telah menjual ‘jiwanya’ kepada syaitan menerusi ritual soul scalping.

“Setiap tanda dan bentuk pasti ada maksudnya. Mungkin Kita anggap seperti teori konspirasi tapi kalau tita check dan kaji itulah realiti. Nasihat admin jangan ambil 100% Dan jangan tolak 100%,” kata pengendali laman tersebut.

Teori kolot tersebut menimbulkan kemarahan pengguna Twitter, @Razaisyam yang menyifatkan kenyataan itu adalah satu perkara ‘paling bodoh’ yang pernah didengarinya.

Malah menurut Razaisyam, dia sendiri adalah orang yang bertanggungjawab menghantar Naim ke hospital ekoran dari kecederaan yang dialami penyanyi itu ketika bermain skate board tempoh hari.

Mereka buat seperti saya tiada iman – Naim

Isu ini kemudian turut menarik perhatian Naim sendiri yang meluahkan rasa terkilan dengan tuduhan berkenaan.

Menurut laporan Kosmo, Naim yang terkejut berasakan tuduhan itu adalah keterlaluan seolah-olah dia seorang manusia yang tidak mempunyai iman.

Saya rasa tuduhan itu sangat keterlaluan dengan memperlakukan saya seperti tidak mempunyai iman selain boleh menyebabkan fitnah terhadap nama saya.

“Selain itu, saya turut berasa terkejut kerana masih ada mentaliti sebegini dalam kalangan masyarakat. Macam mana mereka boleh memandai mengaitkan saya dengan iluminati walhal saya hanya cedera kerana jatuh papan selaju,” katanya.

Dia dalam masa sama turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuduhan tidak berasas itu berlanjutan.

“Jangan kerana hidup berlandaskan konspirasi sahaja, boleh memetik nama ikut suka, saya malas nak layan isu kelakar sebegini namun jika berlanjutan saya akan ambil tindakan.

“Kau ingat aku jatuh tersembam muka boleh rancang ke nak luka dekat mana?,” katanya dipetik dari Kosmo.

Laman sudah mohon maaf

Dalam pada itu, carian kami mendapati halaman berkenaan bukan sahaja sudah memadam posting berkenaan malah mereka juga telah memuat naik satu permohonan maaf kepada Naim.

Menurut pengendali akaun itu lagi,  permohonaan maaf itu juga adalah bagi meredakan situasi yang sedang penas selepas mereka ‘diserang’ oleh penyokong Naim.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

5 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

5 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

5 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

6 hours ago