“Ia Tidak Benar” – Tular Surat Dari Neil Armstrong Yang Nafikan Dia Peluk Islam & Dengar Azan Di Bulan

Umum pasti mengetahui manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan adalah angkasawan ternama Amerika Syarikat, Neil Armstrong pada 20 Julai 1969.

Kejayaan beliau bersama dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins yang disaksikan seluruh penduduk di dunia secara langsung di TV membuka mata orang ramai bahawa banyak lagi kejadian alam yang belum diterokai manusia di luar sana.

Foto : Britannica

Namun di sebalik peristiwa bersejarah tersebut, mula beredar cerita dongeng di kalangan penganut Islam di Malaysia dan seluruh dunia yang mendakwa Armstrong sewaktu di bulan telah terdengar ‘suara nyanyian dalam bahasa aneh’ yang merujuk kepada laungan azan.

Tidak tahu dari mana asal usul kisah dongeng tersebut, ia bagaimanapun berlegar malah dipercayai bulat-bulat oleh segelintir manusia di negara-negara islam baik di Semenanjung Arab hinggalah ke Nusantara.

Bahkan ada yang mendakwa perkara tersebut membuka hati angkasawan berkenaan untuk memeluk islam selepas mengetahui suara nyanyian yang didengari itu adalah suara azan sewaktu berkunjung ke Cairo.

Namun siapa sangka, kisah penipuan ini sebenarnya sudah pun dijawab sendiri oleh Armstrong sekitar 39 tahun dahulu menerusi satu surat yang dihantarnya kepada Presiden Islamic Center, Mr Wahuddudin Khan di Delhi.

Menerusi surat yang bertarikh 5 Mei 1983 itu yang dikongsikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) di laman Twitter, Neil Armstrong menjelaskan bahawa rumor dan laporan yang mengatakan dia memeluk islam dan mendengar azan semasa di bulan dan di Cairo adalah tidak benar.

Bahkan dia menafikan pernah menjejakkan kakinya ke ibu negara Mesir itu.

“Laporan-laporan yang mengatakan saya masuk Islam, selepas mendengar suara Azan di bulan, dan kemudian di Cairo (saya tidak pernah ke Mesir) semuanya tidak benar.”

Malah menurutnya lagi, laporan yang diterbitkan oleh majalah dari Malaysia, Indonesia dan negara-negara lain adalah tanpa verifikasi darinya terlebih dahulu.

“Beberapa majalah dan akhbar di Malaysia, Indonesia dan di tempat lain telah menerbitkan laporan ini tanpa verifikasi (dari saya). Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin disebabkan oleh ketidakcekapan wartawan ini.”

Neil Armstrong

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago