Sekitar Disember 2021 lalu, Honda Malaysia secara rasmi telah melancarkan City Hatchback bagi pasaran tempatan.
Namun sewaktu pelancaran, mereka hanya mengumumkan harga rasmi bagi 3 varian petrol iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V yang bermula dari RM75,670 manakala harga varian yang dikuasakan enjin petrol elektrik i-MMD, e:HEV RS RS tidak disenaraikan.
Selepas dua bulan menanti, Honda hari ini secara rasmi telah mengumumkan harga bagi varian tertinggi dalam barisan hatchback tersebut iaitu RM107,783 termasuk 0% SST sehingga 30 Jun 2022 dan tidak termasuk harga insuran.
Jika dibuat perbandingan, harga yang ditawarkan ini kira-kira RM2,000 lebih tinggi dari City RS sedan yang ditawarkan pada RM105,950.45.
Ia juga merangkumi perlindungan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta diberikan servis percuma (kos upah sahaja) sebanyak lima kali sama seperti model-model baharu Honda yang lain.
Dari segi spesfikasi enjin, model Hibrid ini membekalkan 106hp dan 253Nm, menjadikannya jentera dengan tork tertinggi dalam kelasnya. Output kereta ini pula disalurkan ke roda depan melalui transmisi Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT).
Menurut Honda, angka penggunaan bahan api adalah lebih jimat iatu 3.6 liter untuk setiap 100 km atau 27.7km/L.
Dari segi reka bentuk, model Hatchack masih berkongsi interior yang sama seperti model sedan mereka antaranya dashboard, stereng dan juga tempat duduk bahagian hadapan.
Baca artikel berkaitan :
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…