Roti canai merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia, keunikan roti canai adalah cara ia ditebar sehingga menjadikan roti itu begitu lembut untuk dimakan.
Kebiasaannya jika ke kedai makan, anda hanya perlu memesan dan menunggu sehingga roti canai tiba, namun sebuah kedai makan di Melaka ini membawa sedikit kelainan apabila mereka akan membuat persembahan ‘roti canai terbang’ sebagai hiburan kepada pelanggan.
Siapa sahaja tidak teruja apabila dapat melihat persembahan roti canai terbang secara langsung, kehebatan mereka melambung roti canai itu berserta dengan lagu rancak yang dimainkan dapat menghiburkan pelanggan.
Namun, keterujaan ini bertukar menjadi lucu apabila roti canai yang diterbangkan ke udara itu telah mendarat di atas kepala seorang adik yang duduk di meja makan berdekatan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh @raihanharum kelihatan reaksi adiknya terpinga-pinga apabila roti itu mendarat betul-betul di atas kepalanya, dia kemudian berpeluk tubuh seperti sedang marah.
Memetik laporan Mstar, @raihanharum atau dikenali sebagai Raihan Harum, 23, menjelaskan kejadian itu berlaku semasa dia dan ibunya, 57, serta adik perempuan, 14, yang juga remaja sindrom down datang ke sebuah restoran Roti Canai Terbang Mezan Kampung 6 di Melaka.
“Ada show tebar roti canai, siap pasang lagu. Secara kebetulan lagu Michael Jackson bertajuk ‘Beat It’ yang dipasang dan adik pula memang suka lagu-lagu rancak, jadi dia memang excited tengok show tu,” kata Raihan.
Raihan bagaimanapun sama sekali tidak menyangka apabila roti canai yang ditebar itu betul-betul jatuh ke atas kepala adiknya, Rodyah.
“Adik saya sebenarnya suka ajuk, jadi reaksi dia tu secara spontan kononnya tunjuk yang dia marah. Kami dah tahu yang adik ni kuat drama.
“Sebenarnya adik saya acah-acah marah je, lepas tu dia okay. Adik saya istimewa, jadi dia ada attitude yang tersendiri,” katanya kepada Mstar.
Walau bagaimanapun, menerusi satu lagi video di TikTok yang dikongsikan oleh @mezanrotiman atau Mezan Md Said yang merupakan pemilik restoran berkenaan, dia telah datang kepada Rodyah dan memohon maaf.
Dia bagaimanapun turut memberi wang bernilai RM50 sebagai tanda maafnya atas insiden yang berlaku.
Menurutnya, insiden itu adalah dalam sejarah kerana sebelum ini belum pernah lagi roti canai terbang itu mendarat di atas kepala pelanggannya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan reaksi Rodyah di dalam video tersebut.
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…