Kulit Ketiak Hitam? Ikuti 5 Tips Ini Untuk Mendapatkan Kulit Ketiak Cerah

Mengalami masalah kulit ketiak berwarna hitam boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri, terutama apabila mahu memakai pakaian tanpa lengan.

Bermacam-macam kaedah dan produk telah digunakan untuk mendapatkan kulit ketiak yang cerah, namun keadaan kulit ketiak anda masih juga sama.

Usah bimbang, cuba dahulu beberapa tips yang kami nak kongsikan kepada anda ini untuk mendapatkan kulit ketiak yang diidamkan.

#1 Scrub

Foto: Freepik

Kulit ketiak menjadi gelap kerana berlakunya pembentukan sel kulit mati. Oleh itu, penggunaan scrub dapat membantu untuk membuang sel kulit mati yang terdapat pada ketiak.

Anda juga digalakkan untuk menggosok kawasan ketiak secara lembut agar kulit anda tidak luka.

#2 Elakkan mengguna pencukur

Foto: Pexel

Jangan gunakan pencukur atau krim pencukur kerana pencukur boleh membuatkan ketiak anda berwarna gelap kerana pencukur hanya akan mencukur di permukaan kulit sahaja.

Bukan itu sahaja, apabila menggunakan pencukur ia membuatkan bulu yang tumbuh dikawasan it menjadi lebih tebal.

Oleh itu, cara yang baik adalah bertukar kepada kaedah waxing kerana ia dapat menarik bulu sehingga akar serta tidak membuatkan ketiak menjadi hitam.

#3 Baking soda

Foto: Baking Soda

Baking soda dapat bertindak sebagi peluntur serta dapat membantu dalam proses mendapatkan kulit ketiak yang cerah.

Caranya, ambil satu sudu baking soda yang dicampurkan sedikit air kemudian gosokkan pada kulit ketiak sekuatnya dan bilas dengan air.

Jika anda tidak mempunyai baking soda di rumah anda juga boleh menggunakan cuka epal.

#4 Ubat Ketiak

Foto: Pixabay

Ramai berpendapat bahawa pemakaian ubat ketiak boleh menyebabkan kulit ketiak menjadi hitam.

Namun, ini tidak bermakna anda perlu berhenti daripada memakainya. Sebaliknya pilih ubat ketiak yang mengandungi bahan-bahan semula jadi dan bertekstur lembut.

Penggunaan ubat ketiak juga perlulah dalam kuantiti yang sedikit, kerana cairan yang banyak hanya akan membuatkan ia keras pada kulit serta meninggalkan kesan kuning pada baju.

Malah kesan kuning juga sukar untuk ditanggalkan apabila melekat pada baju.

#5 Elakkan pakaian ketat

Foto: Pexel

Tahukah anda pemakaian baju yang ketat akan menyebabkan kulit ketiak menjadi hitam?

Ini kerana, pakaian yang ketat menyebabkan berlakunya geseran di kawasan sekitar ketiak dan geseran ini akan menyebabkan kawasan ketiak menjadi lebih gelap.

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kulit menjadi gelap malah ia juga boleh menyebabkan kulit menjadi kasar atau kulit mati.

Oleh itu, elakkan pemakaian yang ketat dan pakai baju yang longgar.

Jadi bagaimana? Mudahkan nak dapatkan kulit ketiak yang cerah, lepas ni dah tak perlu nak pening fikir macam mana nak dapatkan kulit ketiak yang diidamkan.

Tips ini juga dapat menjimatkan wang anda, tak perlulah anda membazir duit untuk melakukan treatment yang mahal di luar sana.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

9 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

10 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

10 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

11 hours ago