“Undang-Undang SIRIM Dibuat Untuk Banteras Pelitup Muka Hauk Di Pasaran” – Jovian Mandagie

Umum pasti mengetahui salah satu topik yang paling hangat diperkatakan di kalangan rakyat ketika ini tentunya berkaitan pengkuatkuasaan pelitup muka bukan perubatan yang perlu mendapat perakuan SIRIM seperti yang diumumkan Kemtenterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) beberapa hari lalu.

Meskipun kerajaan sudahpun mengumumkan penangguhannya yang sepatutnya dikuat kuasakan pada 4 Julai kepada  1 Januari 2023, ramai yang masih berharap ianya akan dimansuhkan terus tanpa perlu dilaksanakan.

Baca artikel berkaitan :

“Setelah 2 Tahun Pandemik?” – Ramai Persoal Kenapa Pelitup Muka Bukan Perubatan Perlu Logo SIRIM

Penguatkuasaan Pelitup Muka Dengan Perakuan MS Sirim Ditangguhkan

Ini kerana ramai mendakwa ianya agak menyusahkan kerana dikhuatiri akan menyebakan berlakunya kenaikan harga pelitup muka di pasaran.

Namun bagi pereka fesyen dan pengeluar pelitup muka terkenal Datuk Jovian Mandagie, dia merasakan orang awam tidak perlu panik kerana ia tidak akan dikuat kuasakan dalam masa terdekat.

Malah beliau yang juga menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut diihat menyambut baik pelaksanaan tersebut dengan memaklumkan pelitup mukanya keluarannya juga sedang dalam proses bagi mendapatkan perakuan SIRIM.

“Tak perlu panik, boleh gunakan Jovian Mask tanpa was-was. Cop SIRIM kami pun dah on the way,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Malah beliau turut meyakinkan pengguna Jovian Mask bahawa pelitup muka keluara mereka adalah selamat kerana sudah mendapat kelulusan Medical Device Authority (MDA) sejak tahun 2020 lagi.

Menerusi posting sama dia turut memberikan pendapatnya tentang penguatkuasaan tersebut yang disifatkan sebagai usaha mengelakkan penjualan pelitup muka tidak berkualiti.

“Undang-undang Sirim dilakukan untuk banteras pelitup muka hauk di pasaran. Terutamanya yang tak ada pengesahan MDA. Jadi di masa akan datang, kalau anda ada MDA atau SIRIM, baru boleh jual pelitup muka. Pengguna pun boleh pilih dengan bijak.”

Jovian Mandagie

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago