Pesawat Kargo DHL Patah Dua Ketika Mendarat Cemas Di Costa Rica [Video]

Sebuah pesawat kargo DHL dilaporkan patah dua selepas terbabas sewaktu melakukan pendaratan cemas di San Jose, Costa Rica pada Khamis, 7 April.

Pesawat berkenaan yang sedang dalam perjalanan ke Guatemala difahamkan baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Juan Santamaria, Santa Jose sebelum terpaksa berpatah balik apabila juruterbang mengesan terdapat masalah teknikal pada sistem hidraulik.

Menurut laporan Daily Mail, pesawat Boeing 757-200 berusia 23 tahun itu kemudiannya dibenarkan mendarat namun terbabas sebaik membelok tajam selepas komponen pada roda pesawat dipercayai patah.

Menerusi beberapa lagi video yang tular, anggota penyelamat kemudian dilihat bergegas untuk menyelamatkan dua juruterbang yang berada di dalam pesawat selain menyembur buih bagi mengelak tumpahan minyak memasuki sistem saliran.

Jurucakap syarikat DHL kemudian mengesahkan bahawa kedua-dua juruterbang tidak mengalami sebarang kecederaan namun seorang dari mereka sedang menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga, lapor Aviation Source News.

Insiden tersebut menyebabkan lapangan terbang berkenaan terpaksa ditutup buat sementara sebelum kembali beroperasi lima jam kemudiannya.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

59 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

1 hour ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

2 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

2 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

2 hours ago