
Pesawat Kargo DHL Patah Dua Ketika Mendarat Cemas Di Costa Rica [Video]
Insiden tersebut menyebabkan lapangan terbang berkenaan terpaksa ditutup buat sementara sebelum kembali beroperasi lima jam kemudiannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebuah pesawat kargo DHL dilaporkan patah dua selepas terbabas sewaktu melakukan pendaratan cemas di San Jose, Costa Rica pada Khamis, 7 April.
Pesawat berkenaan yang sedang dalam perjalanan ke Guatemala difahamkan baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Juan Santamaria, Santa Jose sebelum terpaksa berpatah balik apabila juruterbang mengesan terdapat masalah teknikal pada sistem hidraulik.
Menurut laporan Daily Mail, pesawat Boeing 757-200 berusia 23 tahun itu kemudiannya dibenarkan mendarat namun terbabas sebaik membelok tajam selepas komponen pada roda pesawat dipercayai patah.
Video footage of the DHL Boeing 757 Freighter just as it skidded off the runway at SJO.
— AviationSource (@AvSourceNews) April 7, 2022
Read more at AviationSource!https://t.co/63ONa6oRCD
Source: Unknown#DHL #JuanSantamariaAirport #AvGeek #Crash #Accident pic.twitter.com/EI9ew6YVXN
A much clearer version of the crash landing has emerged!
— AviationSource (@AvSourceNews) April 7, 2022
Source: Unknown#DHL #AvGeek pic.twitter.com/FCYbgFaW0H
Menerusi beberapa lagi video yang tular, anggota penyelamat kemudian dilihat bergegas untuk menyelamatkan dua juruterbang yang berada di dalam pesawat selain menyembur buih bagi mengelak tumpahan minyak memasuki sistem saliran.
UH: Bomberos atienden aeronave de #DHL, (#Boeing757, HP-2010DAE) tras salirse de pista 07 en el Aeropuerto Juan Santamaría #SJO #CostaRican
— Costa Rica Aviation (@CR_Aviation) April 7, 2022
Autor desconocido pic.twitter.com/Uets03e1eY
1999 built DHL Aero Expreso B757-27APCF aircraft did an emergency landing receiving substantial damages at Juan Santamaría International Airport (SJO),followed by takeoff and a 25 minutes holding pattern from the same airport on 7th April.
— FL360aero (@fl360aero) April 7, 2022
📹Edwin Rose #aircraft #safety #aviation pic.twitter.com/p6hkCXqOLY
Jurucakap syarikat DHL kemudian mengesahkan bahawa kedua-dua juruterbang tidak mengalami sebarang kecederaan namun seorang dari mereka sedang menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga, lapor Aviation Source News.
Insiden tersebut menyebabkan lapangan terbang berkenaan terpaksa ditutup buat sementara sebelum kembali beroperasi lima jam kemudiannya.