Pakej Taubat RM20: JAIS Arah Iklan Ditarik Balik & Pemilik FB Mengaku Silap

Baru-baru ini, tular di media sosial satu poster iklan yang menawarkan pakej taubat bernilai RM20 yang dipercayai berkaitan dengan satu kempen wakaf al-Quran.

Penyebaran iklan tersebut menaikkan kemarahan ramai netizen apabila ramai merasakan ia adalah satu perbuatan ‘menunggang agama’ yang tidak sepatutnya dilakukan mana-mana pihak.

Malah golongan agamawan termasuk Mufti Kelantan turut terkejut dan menyifatkan ia satu perbuatan songsang yang hanya akan mengelirukan masyarakat.

Pendakwah, Dr Ustaz Rozami Ramlee (Rora) turut tidak terkecuali apabila tampil di Facebook meluahkan rasa terkejutnya dengan apa yang berlaku.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, tampil mengarahkan satu siasatan dijalankan bagi mengesan individu yang didakwa terlibat dengan pakej tersebut untuk diambil tindakan.

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan pemilik akaun FB yang memuat naik poster berkenaan sudah pun mengakui kesilapannya dan telah diarah membawa turun hantaran berkenaan.

Menurut Pengarah JAIS Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, pakej tersebut yang berkaitan satu kempen wakaf al-Quran adalah mengelirukan dan bayaran yang ditawarkan sama sekali bercanggahan dengan hukum syarak.

Malah menurut beliau, tindakan individu berkenaan seolah-olah memberi gambaran umat Islam yang hendak bertaubat boleh membayar RM20 kepada pihak lain sekaligus membuka ruang fitnah kepada agama Islam.

Iklan dimuat naik pada 26 Jun 2021

“JAIS menyiasat perkara tersebut dan mendapati pemilik akaun itu memuat naik poster terbabit pada 26 Jun 2021 dan telah menghubungi individu berkenaan.

“Umat Islam khususnya di Selangor diingatkan supaya berhati-hati memberi ungkapan dan penataan bahasa mengenai prinsip agama. Sebarang kesilapan akan menyebabkan kekeliruan tentang prinsip, menjadikan keadaan cemas, membuka ruang fitnah kepada agama Islam dan umatnya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tegas beliau lagi, taubat adalah perbuatan memohon keampunan kepada Allah SW akibat perbuatan dosa yang dilakukan. Kita tidak memerlukan nilai wang tertentu atau penglibatan mana-mana orang tengah bagi memastikan taubat kita diterima.

“Perbuatan seumpama ini adalah satu kesalahan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Selangor. Menjual beli dosa pahala dengan harga dan nilai tertentu adalah satu perkara yang bercanggah dengan hukum syarak.”

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad

Tambah beliau lagi, perbuatan sebegitu boleh disiasat mengikut Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago