Kanak-Kanak 8 Tahun Berjaya Selamatkan Diri Selepas Tumbuk Jerung

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Thailand nekad bertindak menumbuk seekor jerung demi menyelamatkan diri selepas diserang haiwan pemangsa itu.

Menerusi laporan Daily Star, Napat Chaiyarak Christenko sedang berenang bersama bapanya apabila ikan jerung itu tiba-tiba menyerangnya di sebuah pulau di Phuket.

Menjerit kesakitan sebelum bertindak tendang ikan jerung itu

Napat kemudian telah menjerit kesakitan sebelum cuba untuk menendang haiwan laut berkenaan, dan kemudian berenang ke dasar laut sebelum bertindak memukul kepala ikan jerung tersebut katanya kepada Pegawai Polis Daerah Kamala.

Takut dan terkejut dengan apa yang berlaku, ibu bapa kanak-kanak itu kemudian menarik dia keluar dari air tersebut dan kelihatan darah memancut-mancut keluar dari betis kanannya.

Letak papan tanda amaran berdekatan lokasi untuk tenangkan pelancong

Susulan dari insiden itu, Kamala telah meletakkan papan tanda amaran berdekatan kawasan kejadian bagi menenangkan para pelancong yang bimbang.

Dalam masa sama, dia turut meletakkan pengawai pengawasan bagi memastikan tiada jerung di kawasan berkenaan.

Napat kemudian dibawa ke Hospital untuk rawatan lanjut

Paramedik kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan pertolongan cemas sebelum Napat dibawa ke Hospital Bangkok, Phuket bagi menerima rawatan selanjutnya.

Kanak-kanak itu bagaimanapun kelihatan tenang semasa di dalam ambulans dan memberitahu kepada doktor bahawa kecederaan yang dialami merupakan perkara paling menyakitkan yang pernah dirasai olehnya.

‘Rasa sakit di kaki dan lihat jerung sedang menggigit saya’

Foto: ViralPress Via Daily Star

“Saya berasa sakit di kaki dan melihat ke bawah jerung itu sedang menggigit saya. Ia adalah perkara paling menyakitkan yang pernah saya rasai.

“Saya kemudian menumbuknya untuk membuatkan ikan itu berhenti menyerang saya,” jelas Napat.

Pakar marin kemudian memaklumkan ikan jerung yang menggigit Napat mungkin jerung terumbu blacktip atau jerung lembu yang sering dijumpai di Laut Andaman.

Air keruh mungkin menyebabkan jerung salah anggap, ingat kaki yang digigit adalah ikan atau haiwan dalam laut

Selain itu, mereka juga percaya air yang keruh telah menyebabkan jerung tersebut menganggap kaki kanak-kanak itu sebagai ikan atau haiwan dalam air yang menjadi makanannya.

Manakala Pengarah Pusat Biologi Marin Phuket, Dr Kongkiat Kittiwattanawong menyifatkan serangan itu ‘sangat ganas’ dan mungkin berlaku kerana kini merupakan musim mengawan.

‘Kanak-kanak itu sangat berani’

“Jerung kebiasaanya ditemui di zon ombak dan ia akan memburu ikan. Ia mungkin tersilap dan menganggap kaki kanak-kanak itu sebagai ikan lalu menggigitnya.

“Kanak-kanak itu sangat berani. Dia malah beritahu kami bahawa dia menumbuk jerung itu semasa diserang,” jelas Dr Kongkiat Kittiwattanawong.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

9 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

10 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

11 hours ago