“Parents Nak Rumah”- Gadis Dalam Dilema, Buntu Antara Tanggungjawab & Masa Depan

Menjadi anak sulung bukanlah sesuatu yang mudah bagi segelintir masyarakat kita, kerana ia datang dengan tanggungjawab yang besar.

Secara lazimnya, anak sulung bukan sahaja diharapkan menjaga adik-beradik yang lain serta menjadi pembimbing atau ‘role model’ kepada mereka, tetapi juga memikul tanggungjawab yang lebih daripada itu.

Sesetengah ibubapa akan berharap agar anak sulung mampu menyara keluarga pada usia yang muda. Hal ini selalunya terjadi pada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah.

Semalam (17 Mei), sebuah akaun Twitter @twtmalaywedding telah berkongsi luahan hati seorang wanita berusia 25 tahun yang bergelar anak sulung.

Melalui perkongsian tersebut, wanita berkenaan berada dalam keadaan yang sangat buntu apabila terhimpit dengan desakan ibubapa yang memintanya membeli rumah buat keluarga serta menyara adik-beradik yang lain terlebih dahulu sebelum beliau berhasrat ingin menamatkan zaman bujangnya.

“Saya anak sulung, parent saya macam tak kasi saya kahwin, alasanya diorang suruh saya beli kereta dan rumah family dulu. Dan mengharapkan saya tolong tanggung adik2 saya yang masih bersekolah,” luahannya melalui mesej yang dikongsikan di Twitter @twtmalaywedding.

Mak minta hantaran RM20K dari teman lelaki

Selain daripada itu, ibubapa wanita berkenaan juga menyuruhnya mencari lelaki yang kaya dan sekirannya dia tetap ingin meneruskan hubungan dengan teman lelakinya, lelaki tersebut haruslah memiliki kenderaan, rumah dan bersetuju untuk menyediakan wang hantaran RM20K.

“Sekarang ni parent saya cakap kalau nak kahwin make sure lelaki tu ada kereta, rumah and hantaran paling kurang RM20K.

“Saya kesian kat bf (teman lelaki) saya. Saya tahu susah nak cari duit. Nak cari duit hantaran, nak cari duit lepas kahwin, duit beli kereta dan rumah,” luah gadis ini lagi.

Netizen rasa simpati, luah rasa kesal terhadap sikap ibu bapa

Pengguna Twitter yang lain juga rata-rata meluahkan rasa simpati mereka terhadap nasib wanita itu dan tidak kurang yang meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibubapa wanita berkenaan.

“So hal2 rumah di kampung bukan tanggungjawab awak nak settle down, awak hanya boleh meringankan beban saja. Tapi tetap apa2 pilihan di tangan awak. Moga Allah permudahkan urusan.”

“I used to think like this tapi susah nak ketepikan rasa serba salah tu. Rasa macam anak tak kenang budi.”

“Mak dia tak pernah diuji ke lepas kahwin? Aku yang baru kahwin ni pun diuji dengan kewangan.”

“Ingat kahwin ni perlukan banyak duit. Makbapak takpayah nk demand minta hantaran memahal.”


Kredit gambar: Peakpx

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago