RON97 Lagi Jimat Minyak Dari RON95? Pakar Ini Kongsi Sejauh Mana Kebenarannya

Bila bercerita mengenai jenis pilihan petrol, pasti ada yang memberi jawapan berbeza. Segilintir menyatakan bahawa penggunaan petrol RON97 adalah lebih jimat dari RON95.

Segelintir masyarakat juga mengetahui bahawa harga petrol boleh berubah pada bila-bila masa dan ia ditentukan berdasarkan formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.

Walaupun harganya berbeza, namun setiap individu pasti mempunyai pilihan yang tersendiri. Adapun yang lebih menggemari RON95 kerana harganya yang murah dan ada juga yang menggemari RON97 kerana prestasi yang diberikan sedikit berbeza.

Bagaimanapun, ada yang menyatakan RON97 sebenarnya lebih ‘jimat’ untuk digunakan dan memberi prestasi yang baik pada kenderaan.

Pada bulan April yang lalu, seorang Jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba, Dr. Aid Fawzal ada memuat naik perkongsiannya di laman Twitter mengenai isu ini.

RON97 lebih jimat dari RON95?

“Saya tak ada jawapan khusus untuk persoalan ini. Saya sendiri guna diesel & kereta petrol saya guna RON98.

“Tetapi, saya nak ajar rakan-rakan semua macam mana nak betul-betul pastikan ia jimat.

“Katakan lah, kereta kita Perodua Myvi 1.3 dengan saiz tangki 40 litre. Tangki simpanannya (reserve tank) 10% & tinggal 1 bar (sukatan) minyak 10%. Baki ruangan untuk diisi penuh adalah 32L,” menurut beliau di kapsyen Twitter.

Ujarnya lagi, jika kita menggunakan RON95, jarak perjalanan yang kita dapat adalah sejauh 400KM, manakala bagi penggunaan RON97 pula, jarak perjalanan adalah sejauh 450KM.

Menurut kemas kini terbaharu beliau (1 Jun), Harga minyak petrol RON97 meningkat menjadi RM4.70 bagi seliter, iaitu peningkatan sebanyak RM0.37 berbanding harga sebelumnya.

Manakala harga bagi minyak petrol RON95 pulak adalah kekal pada harga RM2.05 seliter.

Jimat mempunyai dua perspektif

Maksud ‘jimat’ ini mempunyai dua perspektif iaitu jimat dari segi penggunaan bahan api atau jimat dari segi wang ringgit. Mari buat pengiraan untuk melihat sama ada RON97 mampu memberi penjimatan wang atau sebaliknya.

Cara pengiraan pula diambil melalui hilai harga bayaran untuk tangki penuh dan bahagikan dengan jarak perjalanan.

Cara pengiraan:

a) RON95 RM2.05. Isi 32L jadi bayar RM65.50 dapat jalan 400km.

–  RM65.50 / 400km = RM 0.16/km

b) RON97 RM4.70 Isi 32L jadi bayar RM150.40 dapat jalan 450km.

– RM150.40 / 450km = RM 0.33/km

Maka, RON97 sekadar jimat pada sudut penggunaan petrol (unit mpg, 1/km,100km/I), tetapi bagi sudut harga pula ia tidaklah menjimatkan.

Disarankan anda membuat eksperimen ini sendiri untuk menjawab, adakah kereta anda jimat pada sudut jarak perjalanan dan juga harga bila mengunakan RON yang lebih tinggi.

Kenapa boleh jimat pengguna minyak (jika ini berlaku)?

Persoalannya, bagaimana ia mampu memberi penjimatan petrol? Jimat pada pengguna minyak bahan api ni bukan sebab nilai RON yang tinggi, tapi minyak ‘premium’ mempunyai bahan tambahan atau aditif (additives) yang lebih baik. Aditif ini lah yang menjadi punca penjimatan lebih.

Sebagai info tambahan, jumlah jarak perjalanan haruslah ukuran perjalanan yang nyata dan bukannya nilai jarak yang tertera pada paparan kereta. Selain tu, pastikan anda guna gred minyak yang sesuai dengan keperluan enjin kenderaan.

RON97 punca ‘fuel filter’ tersumbat?

Namun disebalik ‘kehebatan’ RON97 ada dakwaan ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memuat naik video mengenai isu ini. Secara teorinya ia tidak dapat dibuktikan namun berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sebagai mekanik, kebanyakan motosikal mempunyai masalah fuel filter adalah disebabkan penggunaan petrol RON97 dan ke atas.

@daniagarage

Setiap benda yang bagus tu tak semestinya terbaik untuk kita #fyp #fypシ #daniagarage

♬ original sound – Dania Garage – Dania Garage

Namun begitu, kesahihannya tidak dapat dibuktikan secara teori kerana segilintir pengguna RON97 tidak menghadapi isu yang dinyatakan.

Akhir sekali, semakin tinggi nilai RON sejenis bahan api, semakin tinggi tekanan yang mampu dihadapi oleh bahan api tersebut. Secara umumnya petrol dengan RON 97 berupaya bertahan dalam kebuk pembakaran enjin yang lebih panas berbanding RON 95.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago