Ikan Belacak Halal Dimakan Kerana Dikategorikan Sebagai Haiwan Air – Mufti

Ikan belacak atau ikan tembakul merupakan sejenis ikan yang mudah dijumpai di Malaysia terutama dikawasan berair tepi laut dan sungai.

Bagi pengemar karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, pasti anda akan mengingati filem “Batu Belah, Batu Bertangkup” di mana jalan cerita mengisahkan si ibu yang merajuk setelah telur ikan tembakul kepunyaannya dimakan oleh anaknya sendiri iaitu Pekan.

Populariti filem tersebut membuatkan ramai lebih mengenali nama ikan tembakul berbanding ikan belacak walhal ia merupakan ikan yang sama.

Habitat ikan belacak

Ikan belacak ini juga adalah merupakan ikan afimbia atau dalam bahasa mudah sebagai ikan dua alam kerana ia disesuaikan secara unik dalam habitat muara pasang surut yang berbeza.

Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri. Tabiat ikan belacak bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air.

Disebabkan ikan ini mampu hidup lama di atas permukaan air, status halal bagi ikan ini kerap dipersoalkan hingga ada yang ragu-ragu untuk memakannya.

Ikan belacak halal dimakan

Menerusi artikel Al-Kafi yang dikeluarkan hari ini (13 Jun) oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menyatakan, ikan belacak atau ikan tembakul ini halal dimakan kerana boleh dikategorikan sebagai haiwan air.

Menurutnya lagi, habitat ikan belacak hidup di air dan hanya mampu hidup di kawasan daratan yang berair sahaja. Bahkan, keupayaan untuk bernafas hanya berlaku semasa ikan belacak lembab dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan yang berair.

Justeru, ikan belacak dihukumkan haiwan air berdasarkan garis panduan fiqh mazhab Syafie.

“Bahkan, keupayaan untuk bernafas hanya berlaku semasa ikan belacak lembap dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan yang berair,” ujarnya lagi.

Penentuan kategori haiwan air menurut fuqaha

Penentuan kategori haiwan air adalah apabila haiwan tersebut tidak boleh hidup melainkan di dalam air.

Bagaimanapun, sekiranya haiwan tersebut dua alam yang habitatnya di air dan di darat, maka penentuannya melihat kepada kawasan yang lebih lama boleh hidup dan bertahan.

Kredit gambar: Facebook/Secret Elegance

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago