fbpx

Ditarik Ketika Dalam Dakapan Ibu, Bayi Berusia Setahun Maut Diserang Monyet Liar

Bayi lelaki berusia setahun itu berada dalam dakapan ibunya ketika haiwan itu menyerang masuk ke dalam rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekumpulan monyet liar menyerang seorang wanita yang sedang mendukung bayinya di Tanzania pada Rabu (22 Jun) lalu.

Lebih tragis lagi, bayi yang berada di dalam dakapan wanita turut ditarik dengan agresif dan dibawa lari sebelum akhirnya ditemui dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.

Diserang ketika berada di rumah

Difahamkan insiden yang melibatkan bayi lelaki berusia setahun bersama ibunya itu berlaku ketika berada di dalam rumah mereka, di sebuah perkampungan Mwamgongo berada di kawasan Taman Negara Gambe.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa hidupan liar negara itu masih belum dapat mengenal pasti monyet yang menyerang mangsa.

Komandan Wilayah Kigoma, James Manyama berkata, bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia sejurus penemuan mayatnya oleh sekumpulan penduduk.

“Ibu bayi itu menjerit meminta pertolongan sebelum sekumpulan penduduk bergegas ke rumahnya.

“Monyet itu memang agresif dan bayi terbabit maut kerana mengalami kecederaan di kepala dan leher,” ujarnya.

Pihak polis meminta agar semua penduduk berwaspada

Dalam pada itu, pihak polis turut mengingatkan agar penduduk lebih berhati-hati terutama mereka yang tinggal berhampiran Taman Negara.

Kejadian serangan haiwan liar bukanlah kali pertama yang terjadi di sana, sebelum ini beberapa kejadian turut terjadi, antaranya gajah merosakkan tanaman sehingga meragut nyawa beberapa penduduk.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.