Pembuli Siber Di Jepun Kini Boleh Dihukum Penjara 1 Tahun

Pesalah bagi kesalahan buli siber di Jepun kini boleh berdepan hukuman penjara hingga setahun di bawah peraturan baharu yang mula berkuat kuasa hari ini (7 Julai).

Pengenalan undang-undang ini didorong selepas kematian selebriti gusti, Hana Kimura yang membunuh diri pada Mei 2020 selepas mejadi mangsa buli siber di media sosial.

Menurut laporan CNA, hukuman baharu itu memperuntukkan penjara sehingga 1 tahun atau denda sebanyak 300,000 yen (RM97,600).

Ia jelas begitu berbeza berbanding hukuman terdahulu iaitu 30 hari penjara atau denda 10,000 yen (RM325).

Menteri Kehakiman, Yoshihisa Furukawa berkata, hukuman yang lebih berat dikenakan bertujuan untuk menyedarkan orang ramai bahawa buli siber merupakan sesuatu yang dilarang.

“Kami percaya ia adalah penting untuk kami berusaha menghapuskan penghinaan terhadap orang lain yang boleh menyebabkan orang mati pada masa-masa tertentu,” katanya dalam satu sidang media.

Walaupun isu mengenai buli siber telah dibincangkan di Jepun sebelum kematian Hana Kimura, namun tragedi yang menimpa penggusti itu menjadi puncak kemarahan orang ramai sehingga menjadi perhatian dunia sekaligus memberikan tekanan kepada ahli politik.

Hukuman baru tak disokong segelintir akitivis manusia

Bagaimanapun, beberapa penyokong kebebasan bersuara dan pro undang-undang menentang hukuman baharu itu.

Mereka turut memberi amaran kepada kerajaan agar undang-undang baharu yang lebih ketat itu tidak digunapakai bagi tujuan politik dan menyekat kebebasan bersuara.

Namun satu yang pasti, pengubalan undang-undang ini pasti membuatkan ibu Hana Kimura menarik nafas lega memandangkan beliau antara individu yang telah mengetuai kempen untuk mengubah undang-undang tersebut sehingga ianya menjadi kenyataan.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

7 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

8 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

9 hours ago