Buat mereka yang bekerja, hari terima gaji adalah momen yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan.
Yelah, masa itu lah kita nak selesaikan segala hutang, bil utiliti dan berbelanja untuk benda-benda penting bukan?
Namun pernah tak kalian terbayang kalau tiba-tiba menerima sejumlah gaji yang begitu banyak disebabkan kesilapan teknikal.
Buat mereka yang jujur, pasti akan segera bertanya dan memulangkan wang lebihan yang diterima bukan?
Keadaan bagaimanapun berbeza buat seorang lelaki di Chile apabila dia menghilangkan diri selepas menerima gaji lebih 300 kali ganda dari kebiasaannya.
Dia yang bekerja di Consorcio Industrial de Alimentos (CIAL), sebuah syarikat pengeluar makanan sejuk beku di Santiago, Chile ini selalunya akan menerima gaji bulanan sebanyak 500,000 pesos (RM2,280)
Namun disebabkan berlaku kesilapan teknikal, jabatan sumber manusia di syarikat tersebut pada 30 Mei lalu telah membayarnya sebanyak 165,398,981 pesos (RM754,358) – sejumlah wang yang tidak pernah dimilikinya.
Menyedari ada kesilapan di pihak jabatan sumber manusia, seorang kakitangan lantas memberitahu perkara berkenaan kepada pengurus jabatan.
Pihak pengurusan yang terkejut dengan perkara itu kemudiannya terus menghubungi lelaki berkenaan bagi menjelaskan situasi yang berlaku. Dia lantas bersetuju dan berjanji akan terus ke bank pada keesokan harinya untuk memulangkan wang berkenaan.
Namun seperti yang diangka, sebaik mengeluarkan wang tersebut lelaki berkenaan terus tidak muncul di pejabat seperti yang dijanjikan. Bukan sahaja gagal dihubungi, malah dia terus menghilangkan diri hingga menyukarkan pihak syarikat untuk mengesannya.
Meskipun tiada maklumat lanjut tentang keberadaannya, ramai menjangkakan dia sudah pun melarikan diri kerana ‘gelap mata’ dengan duit tersebut.
Dan akhirnya pada 2 Jun lalu, dia menghubungi pihak syarikat dan memaklumkan akan meletakkan jawatan.
Berang dengan perbuatannya, pengurusan syarikat CIAL terus memfailkan tindakan undang-undang bagi mendapatkan kembali wang mereka.
“Dia telah dimaklumkan dan diberi penjelasan bahawa wang yang dibayar itu tidak sepadan dengan mana-mana perkhidmatan yang dilakukannya,” tulis pada kertas tuntutan yang dikeluarkan syarikat tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang penangkapan yang berjaya dilakukan pihak berkuasa Chile. Namun dengan wang sebanyak itu, tidak mustahil dia sudah pun lari jauh ke luar negara.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @SelangorFC, terdapat beberapa video kompilasi Faisal ketika…
Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa…
Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.
Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…
Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…