Tular 380 Jemaah Haji Terkandas, Kenali Apa Itu Visa Furada & Risikonya

Sejak semalam, media sosial hangat memperkatakan mengenai nasib hampir 400 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut laporan media tempatan, mereka ini terdiri daripada bakal jemaah haji yang sepatutnya berlepas menggunakan Visa Furada namun berdepan pelbagai masalah hingga akhirnya terkandas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kemudiannya tampil menerusi sau kenyataan memaklumkan sudah meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung isu tersebut.

Beliau menegaskan, sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan, pihak yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.

Perkara sama turut dibangkitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yb Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang meminta mangsa yang tidak berjaya menerima kembali duit mereka untuk tampil membuat laporan polis.

Memandangkan ramai belum tahu apa itu Visa Furada, di bawah kami kongsikan serba sedikit mengenai visa tersebut dan risikonya agar orang ramai lebih berhati-hati di masa akan datang.

Apa itu Visa Furada?

Visa Furada adalah visa yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Diraja Arab Saudi di Malaysia kepada individu atau kumpulan tertentu sahaja.

Selalunya, Visa Furada yang juga dikenali sebagai Visa Kuota Raja Salman ini diproses beberapa hari sebelum tarikh dijadualkan berangkat kerana ia tidak melibatkan kuota Tabung Haji (TH).

Maka, jemaah yang menerima visa ini dikira sebagai jemaah persendirian antarabangsa dan bukannya jemaah TH.

Apa risiko jemaah haji Visa Furada?

Antara risiko jemaah haji Visa Furada adalah seperti lokasi hotel dan khemah di arafah yang jauh, malah ada kebarangkalian untuk duduk di dalam khemah negara lain.

Bukan itu sahaja, jemaah haji yang menggunakan Visa Furada juga berisiko untuk dibuli atau diambil kesempatan oleh orang Tanah Arab.

Paling penting, tiada jaminan untuk Visa Furada ini diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi dan ianya sangat berisiko tinggi.

TH saran guna PJH Yang Dilesenkan

Bakal jemaah haji yang mendapatkan Visa Furada dinasihati untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang disediakan TH sahaja.

Bagi musim Haji 1443H/2022M, TH turut melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen untuk mengurus pemergian jemaah haji ke tanah suci.

Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Proses pendaftaran pakej haji PJH

Foto: Tabung Haji

Senarai PJH yang terkini adalah seperti dibawah:

Foto: Tabung Haji

Oleh yang demikian, umat Islam di negara ini haruslah berwaspada dengan pihak agensi yang menawarkan pakej Haji yang menggunakan Visa Furada.

Selain itu, bakal jemaah haji juga dinasihatkan mengguna perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh PJH yang dilesenkan TH sahaja.

Kredit gambar: IG Tabung Haji

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

5 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

7 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

7 hours ago