“Ia Tidak Rugikan Pelanggan” – Vida Dakwa Trend ‘Cedok’ Yang Dilakukannya Patuh Syariah [Video]

Trend jual beli ‘cedok’ semakin popular di kalangan peniaga khususnya bagi mereka yang berniaga di dalam media sosial seperti TikTok.

Namun, baru-baru ini trend tersebut disahkan haram oleh beberapa ahli agama dan pendakwah kerana mempunyai unsur gharar.

Trend ini bagaimanapun turut dilakukan oleh seorang usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman yang akan mencedok produknya kepada pelanggan semasa sesi live berlangsung.

‘Cedok’ yang dilakukan tidak mempuyai unsur meragukan tetapi beri keuntungan

Memetik laporan mStar, Vida menjelaskan, jual beli cedok yang dilakukan olehnya di dalam media sosial itu adalah tidak meragukan malah ia memberi keuntungan terhadap pelanggan serta ianya berbeza dengan peniaga lain.

“Pada saya cedok-cedok ni yang kata gharar tu, apa yang saya lakukan adalah jika pelanggan beli ia adalah sesuatu yang tidak merugikan dia.

Beri barang yang nilai lebih dari yang di bayar

“Pelanggan saya takkan rugi melainkan akan untung sebab saya beri barang yang nilainya lebih dari apa yang dibayar dan lebih daripada apa yang saya promokan.

“Maksudnya dalam mencedok tu saya bagi lebih dan kalau saya offer di platform lain tak sama dan siapa yang selalu tengok live saya itu adalah hadiah saya kepada peminat sayalah,” jelasnya kepada mStar ketika ditemui.

Ada unsur akad, di mana memerlukan persetujuan dua belah pihak

Dia dalam masa yang sama turut memaklumkan bahawa trend cedok yang dilakukan itu mempuyai unsur akad di mana ia memerlukan persetujuan kepada kedua belah pihak.

Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu bahawa dirinya adalah CEO cedok untuk produk kosmetik.

Tiada istilah haram kerana ia cedok patuh syariah

“Datuk Seri Vida ini macam trendsetter kepada apa-apa benda, jadi bila saya buat ramai orang mengikut, jadi buat sahajalah.

“Pada saya niat dan saya akad, okay apa yang bagi ni setuju tak? Dan saya bagi tu lebih daripada harga sebenar dan tiada istilah haram pada saya kerana bagi saya ia cedok yang patuh syariah,” kata usahawan itu lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago