Modenas Lancar Ninja 250, Ninja 250 ABS & Z250 ABS, Harga Bermula Dari RM18,900

Kawasaki baru-baru ini secara rasmi telah memperkenalkan semula tiga model dari segmen sport bike dan naked bike terkenal mereka iaitu Modenas Ninja 250, Modenas Ninja 250 ABS dan Modenas Z 250 ABS.

Yang menariknya, kemunculan semula model-model popular ini kini diuruskan pengedar rasmi terbaharu mereka iaitu Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) yang merupakan anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas).

Modenas x Kawasaki

Menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Kawasaki dan Modenas, ekoran daripada hasil peningkatan saham Kawasaki Motors. Ltd (KMC) di dalam Modenas, kesemua model motosikal Kawasaki 650cc ke bawah selepas ini akan dijenamakan semula di bawah Modenas.

Ini bermakna model lain seperti Ninja 400 SE ABS, Ninja 650 ABS, Z650 ABS, KX450 juga besar kemungkinan akan dijenamakan semula di bawah syarikat pengeluar motosikal nasional itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas Roslan Roskan, pihaknya amat berbangga berkongsi etos yang sama dengan pihak Kawasaki dalam mengutamakan pelanggan yang mana ia akan memboleh dan memastikan semua pelanggan mereka mendapat produk yang berpatutan, berkualiti dan berteknologi tinggi.

“Kami berhasrat untuk membawa penyelesaian yang unik dan pengalaman yang lebih tinggi kepada pasaran dua roda. Pesanan saya kepada semua pemilik motosikal Kawasaki, lama dan baharu; di bawah pengurusan Modenas, anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan pelanggan yang serupa atau lebih lagi. Modenas sentiasa memerhati, mempelajari dan menyesuaikan operasi perniagaan sepertimana rakan kongsi teknikal dan pemegang saham kami, KMC. Bersama-sama dengan Kawasaki, kami bersedia untuk pengembangan perniagaan yang lebih besar. Membawakan anda produk dan tawaran untuk meningkatkan gaya hidup anda melalui pengalaman yang sihat. Sehingga itu, pastikan anda memantau perkembangan kami yang akan datang.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan.

Spesifikasi

Harga

Harga yang ditawarkan bagi Ninja versi baharu ini bermula dari RM18,900 hingga RM20,500.

Modenas Ninja 250 (2022): RM18,900
Modenas Ninja 250 ABS (2022): (RM20,500)
Modenas Z250 ABS (2022): (RM19,500)

Harga yang disenaraikan bagaimanapun tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Warna

Dari segi warna, Ninja 250 akan hadir dengan dua warna, manakala dua lagi model iaitu Ninja 250 ABS dan Z250 ABS masing-masing ditawarkan dengan satu warna khas.

  • Modenas Ninja 250 (2022): “Metallic Carbon Grey” dan “Metallic Matte Graphite”
  • Modenas Ninja 250 ABS (2022): “Metallic Matte Graphite Grey” – (RM20,500)
  • Modenas Z250 ABS (2022): “Metallic Spark Black” – (RM19,500)

Ketiga-tiga model motosikal ini sudah berada di semua wakil pengedar sah Kawasaki sejak Isnin, 1 Ogos 2022.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, layan laman web rasmi Kawasaki atau hubungi talian Bebas Tol Kawasaki di 1-800-880- 008 atau WhatsApp Kawasaki Careline di +6019-570 8135.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

26 mins ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

3 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

4 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

5 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago