Mata ikan atau ulser di dalam mulut adalah simptom yang sering dialami oleh semua orang tidak kiralah kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Keadaan ini sering membuatkan korang rasa tak selesa terutamanya ketika hendak makan dan minum.
Namun begitu, sebenarnya terdapat beberapa fakta yang dikongsikan oleh seorang doktor di Twitter iaitu Dr Samhan tentang ulser dalam mulut.
Jom kami kongsikan dengan korang 9 fakta itu:
Ulser di dalam mulut juga dikenali serawan, guam atau ‘mata ikan’ ini sebenarnya adalah luka pada mukosa mulut. Kebiasaanya terjadi di bahagian bibir, dalam pipi serta permukaan lidah.
Ulser kebiasaanya muncul kerana beberapa faktor seperti:
– Stres.
– Kekurangan zat makanan.
– Kurang rehat atau tidur.
– Keadaan mulut yang kotor.
– Perubahan hormon.
– Jangkitan virus dan kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.
Menurut Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Sivakama Sunthari ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih daripada dua minggu perlu mendapatkan rawatan untuk mengesan jika keadaan tersebut merupakan simptom awal kanser mulut.
Kanser Squamous Cell Carninoma (SCC) adalah barah paling kerap terjadi di dalam rongga mulut, iaitu sebanyak 90%.
Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk mengelakkan dari terkena ulser mulut seperti:
– Minum air sebanyak dua liter sehari.
– Urus stres dengan baik
– Tidur secukupnya
– Berus gigi selepas makan
– Pastikan gigi palsu bersih
– Hindari pendakap gigi palsu
– Makan sayur-sayuran atau buat yang tinggi vitamin
– Berhenti merokok
Kanak-kanak di bawah 16 tahun tidak dibenarkan untuk menggunakan Bonjela.
Ini kerana Bonjela mengandungi Salicylic Acid dan kandungan di dalam bahan kimia tersebut mempunyai ubat yang dinamakan Aspirin (ubat cair darah).
Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran ini sejak 2006 berhubung Aspirin boleh mendatangkan risiko Reye Sindrom iaitu satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian.
Bagi kanak-kanak yang bawah 16 tahun, disarankan menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi Hyaluronic Acid seperti Aftamed Gel, Aloclair Gel, Aloclair Spray dan Oral 7 gel.
Selain itu, beberapa rawatan boleh dilakukan antaranya adalah berkumur dengan air garam, antiseptik serta menggunakan gel aloe vera juga adalah digalakkan.
Semoga beberapa fakta serta tips yang diberikan untuk merawat masalah ulser ini dapat membantu korang yang sedang menghadapinya atau jika terkena di masa akan datang.
Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…
Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…
Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…
Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…