Padah Bercinta Dengan Suami Orang, Mahkamah Arah Wanita Bayar RM2.4 Juta kepada Isteri kekasih

Kehadiran orang ketiga dalam perhubungan sememangnya akan menjadi satu masalah yang besar kepada setiap pasangan baik yang sudah berkahwin mahupun yang masih bercinta.

Malah lebih buruk lagi ada yang sehingga terpaksa turun naik mahkamah kerana mahu mendapatkan keadilan buat diri sendiri dan juga anak-anak yang terkesan dengan perkara tersebut.

Wanita perampas diperintah bayar RM2.94 juta

Terbaharu, sebuah mahkamah di China telah memerintahkan seorang wanita untuk membayar AS$560,000 (RM2.94 juta) kepada isteri kekasihnya disebabkan mempunyai hubungan yang tidak diiktiraf oleh undang-undang.

Ianya selepas isteri kepada kekasihnya itu bertindak menyaman wanita simpanan suaminya itu serta meminta untuk memulangkan semua harta benda yang telah diberikan sepanjang mereka menjalinkan hubungan sulit.

Mahkamah berpihak kepada isteri kekasih

Menerusi laporan Oddity Central, mahkamah kemudian telah menyebelahi kepada wanita berkenaan dan mengarahkan perempuan simpanan itu untuk membayar wang seperti yang telah diarahkan.

Menerusi dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rakyat Zhuanghe di Liaoning, China, plaintif wanita yang juga dikenali sebagai Li dan suaminya, Wang telah mendirikan rumah tangga sejak 1991.

Mula ada hubungan sulit pada 2008

Namun, pada 2008 Wang mula mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain yang dikenali sebagai Xiaoxia.

Akan tetapi, hubungan sulit itu diketahui oleh Li pada beberapa tahun yang lalu selepas mendapati suaminya kerap mengirim wang kepada wanita simpanan itu.

Ada anak dengan wanita simpanan serta beli rumah dan kereta

Wang kemudian mengakui berkenaan hubungan sulitnya serta memberitahu isterinya bahawa dia juga mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 10 tahun dengan Xiaoxia serta telah menyara mereka bertahun-tahun.

Bukti yang dikemukan di mahkamah turut menunjukkan Wang telah memindahkan sejumlah AS$217,000 (RM967, 247) kepada wanita simpanannya kira-kira pada 2013 dan 2020 dan membeli dua pangsapuri serta menghadiahkan sebuah kenderaan bernilai AS$128,000 (RM570,521).

Tak tahu kekasih sudah berkahwin

Xiaoxia bagaimanapun memaklumkan dia tidak mengetahui bahawa Wang sudah berkahwin serta wang yang diterima dari lelaki berkenaan hanyalah nafkah anaknya.

Namun, mahkamah memaklumkan bahawa kes tersebut adalah berhubung pemilikan aset dan bukan mengenai nafkah anak.

Undang-undang di China tidak boleh belanjakan harta tanpa persetujuan pasangan

Undang-undang China menyatakan bahawa mana-mana pihak dalam sesebuah perkahwinan tidak boleh membelanjakan harta bersama pasangan jika tiada persetujuan dari pihak lain.

Oleh itu, memandangkan Li tidak pernah memberi persetujuaan untuk ‘hadiah’ yang diberikan oleh Wang, maka wanita simpanannya itu perlu memulangkan sebanyak AS$560,000 (RM2.94 juta) kepadanya.

Mahkamah turut memberitahu bahawa Xiaoxia juga mempunyai pilihak untuk memfailkan kes berasing untuk menyaman kekasihnya itu untuk nafkah anak, namun hubungan yang mereka jalinkan adalah bercanggah dengan adat awam.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

1 hour ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

3 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

4 hours ago